Johor Bahru

Johor Bahru
Bandar Johor Bahru

Panduan perjalanan Johor Bahru termasuk di tempat-tempat keagamaan dan pelbagai aktiviti. Johor Bahru adalah pusat pentadbiran dan hab komersial. Bandar ini mempunyai gabungan kebudayaan dan bangsa menjadikannya sebagai sebuah destinasi yang berwarna-warni untuk dikunjungi. Terdapat banyak tarikan dan aktiviti yang boleh dinikmati di bandar ini. Tarikan-tarikan seperti muzium memberikan sedikit gambaran mengenai sejarah negara dan warisan budaya yang pelbagai.

Pengangkutan

Anda boleh pergi ke Johor Bahru menggunakan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai yang terletak 28 kilometer dari bandar. Anda juga boleh mendapati penerbangan domestik. Anda juga boleh pergi ke Johor Bahru menggunakan kereta, bas atau keretapi dari negara-negara jiran seperti Singapura. Apabila tiba di Johor Bahru, ianya mudah untuk anda menggunakan teksi. Pastikan pemandu menghidupkan meter atau anda boleh runding harga tambang secara alternatif sebelum memulakan perjalanan anda.

Untuk lebih jimat, anda boleh menggunakan bas. Walau bagaimanapun, ianya agak sukar untuk anda mencari tempat menunggu bas dan perhentiannya. Ianya lebih sukar jika anda berjalan kaki dalam bandar itu. Perjalanan di Johor Bahru adalah tidak mudah seperti di Singapura. Jika anda ingin pergi ke sekitar Johor Bahru, anda perlu mengambil teksi untuk ke destinasi tersebut.

Stesen bas utama adalah di Terminal Bas Larkin, iaitu terdapatnya pelbagai jenis bas ekspres ke sekitar Malaysia. Anda disarankan untuk membuat tempahan tiket bas lebih awal bagi mengelak kekecewaan. Anda boleh menempah tiket bas online di BusOnlineTicket.com untuk beberapa syarikat bas seperti Qistna Express, Transnasional dan Causewaylink Express.

Tarikan-tarikan

Tempat-tempat keagamaan seperti Masjid Sultan Abu Bakar yang dibina pada tahun 1900 dan Kuil Hindu Arulmigu Sri Rajakaliamman. Istana Diraja Sultan Abu Bakar telah dibina pada tahun 1866 dan kini menjadi muzium yang mempunyai pameran-pameran popular. Untuk melihat seni Melayu moden, anda boleh pergi ke Galeri Seni Johor Bahru yang memaparkan beberapa karya yang luar biasa dan mencerminkan budaya Melayu di Malaysia. Taman Istana adalah tempat yang baik untuk menenangkan diri dari kesibukan kota dan menikmati kemudahan sukan seperti badminton.

Aktiviti-aktiviti

Pengunjung ke Johor Bahru perlu menonton pertunjukan kebudayaan yang terdiri daripada muzik dan tarian tradisional. Muzik tradisional termasuk muzik Ghazal dan tarian tradisional adalah tarian Kuda Kepang. Terdapat banyak pusat membeli-belah di Johor Bahru termasuk pusat membeli-belah moden dan bazar tradisional. Pusat membeli-belah menawarkan jenama antarabangsa manakala di bazar anda boleh membeli barangan buatan tangan yang unik.

Makanan

Johor Bahru mempunyai pelbagai pilihan makanan dari restoran-restoran pasar di gerai tepi jalan. Ini adalah tempat yang sesuai untuk mencuba masakan tempatan yang lazat. Laksa adalah hidangan terkenal yang pengunjung harus cuba semasa melawat bandar Johor Bahru.

Penyumbang

Petikan dari world66.com

6 April 2010, diubah suai oleh Jenna Storm