img-bg

Jengka Liner

Tempah Tiket Bas Online

Nota: Syarikat bas ini telah menghentikan operasinya.

Bas Jengka Liner
Tempat Duduk Bas Jengka Liner
 

Bas Ekspres antara Shah Alam dan Jengka

Jengka Liner adalah sebuah syarikat bas ekspres yang terletak di Jengka, Pahang. Mereka menawarkan perkhidmatan bas mereka ke pelbagai negeri di Semenanjung Malaysia seperti Johor Bahru, Perak dan Kedah dengan tumpuan untuk memberi kemudahan kepada penduduk tempatan di Jengka.

Perkhidmatan & Reputasi Bas Ekspres Jengka Liner

Salah satu perkhidmatan bas popular yang ditawarkan Jengka Liner ialah bas dari Shah Alam ke Jengka dan bas dari Jengka ke Shah Alam. Tempat mengambil dan menurunkan penumpang di Shah Alam terletak di Terminal Bas Shah Alam Seksyen 17. Sementara itu, tempat mengambil dan menurunkan penumpang di Jengka terletak di Terminal Bas Jengka. Anda boleh menyemak jadual bas Jengka Liner dengan mudah dan memilih tempat duduk pilihan anda secara online. Selain bas antara Jengka dan Shah Alam, Jengka Liner juga menawarkan bas ke Temerloh, Klang, Segamat, Alor Setar, Ipoh dan banyak lagi.

Di samping itu, Jengka Liner sentiasa memastikan kepuasan penumpang mereka. Oleh itu, bas yang Jengka Liner gunakan dilengkapi dengan penghawa dingin, tempat duduk boleh laras dan ruang kaki yang luas untuk keselesaan penumpang semasa perjalanan.

Alamat Jengka Liner

Aras 3, Wisma Warisan,
26400, Bandar Jengka, Pahang.

Tempah Tiket Bas ke Jengka Online

BusOnlineTicket.com menawarkan tiket bas dalam talian untuk bas dari dan ke Jengka. Anda boleh menyemak jadual bas dan memilih masa berlepas yang paling sesuai untuk anda. Selain itu, ahli BusOnlineTicket.com boleh menikmati pelbagai faedah apabila mereka menempah tiket bas mereka dalam talian. Jadi, apa tunggu lagi? Rancang perjalanan anda dan tempah tiket bas anda hari ini!

Tempah Tiket