Bas dari KL ke Cameron Highlands
Jadual Bas dari KL ke Cameron Highlands >>

Bas dari KL ke Cameron Highlands adalah antara salah satu laluan tarikan pelancong di Malaysia kerana cuacanya yang sejuk, pemandangannya yang indah dan aktiviti ‘jungle trekking’ di Cameron Highlands.

Tempoh Perjalanan, Harga Tiket Bas, Perhentian dan Nota

Ekspres Unititi dan Kurnia Bistari adalah dua jenama bas yang popular untuk perkhidmatan bas ke Cameron Highlands. Dua lagi jenama bas yang sedang naik untuk laluan bas dari KL ke Cameron Highlands adalah GT Express dan CS Travel. Harga tiket bas ke Cameron Highlands adalah dalam RM35, mungkin berbeza sedikit bergantung kepada musim.

Tempoh perjalanan bas dari KL ke Cameron Highlands adalah lebih kurang 3 jam bergantung kepada keadaan trafik. Kesemua bas ekspres bertolak dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan) dan berakhir di Terminal Bas Tanah Rata. Perhentian untuk ke tandas akan disediakan atas permintaan kepada pemandu bas semasa perjalanan.

Kebiasaannya bas akan terus dari KL ke Cameron Highlands, tetapi kadang kala bas akan turunkan penumpang di Bidor dan Tapah sebelum melalui jalan mendaki yang berbukit ke Cameron Highlands (Nota: Bidor dan tapah adalah dua bandar kecil di kaki bukit).

Tempah tiket bas online dari KL ke Cameron Highlands di BusOnlineTicket.com dan dapatkan pengesahan tempahan dihantar ke e-mel anda dalam tempoh 24 jam.


Jadual Bas dari KL ke Cameron Highlands