Bas dari KLIA ke Ipoh

Eksklusif untuk Ahli Baru! Guna Kod: BOTNEW dan nikmati Tawaran 50%* untuk tempahan pertama. Tertakluk T&S.

Jadual Bas dari KLIA ke Ipoh dan Tambang Bas

Pengusaha Bas Bas Pertama Bas Terakhir Bil. Perjalanan Tarikh Bertolak Tambang dari
Sri Maju Group 09:30 20:00 2 M T W T F S S  RM 45.00
Starmart Express 08:45 20:30 6 M T W T F S S  RM 45.00
YoYo Express 00:40 23:10 14 M T W T F S S  RM 52.00
Bas dari KLIA ke Ipoh
Tambang Paling MurahRM 45.00
Jarak253 km
Anggaran Masa3 hrs 30 min
Bil. Pengusaha Bas3 operators

Pengusaha Bas Popular dari KLIA ke Ipoh

Panduan Bas dari KLIA ke Ipoh

Bas dari KLIA ke Ipoh adalah perkhidmatan bas yang popular di KLIA. Selepas mendarat di lapangan terbang, ramai warga tempatan terutamanya dari kawasan-kawasan Ipoh, Taiping, Bidor, Tapah, Kampar dan Gopeng, serta pelancong asing yang merancang melawat bandar raya Ipoh yang berbukit, lebih memilih untuk menaiki bas tanpa henti dari KLIA/KLIA2 ke Ipoh tanpa perlu berpindah bas di Bandaraya Kuala Lumpur. Ini kerana bas dari KLIA/KLIA2 ke Ipoh adalah mudah dan menjimatkan masa bagi warga tempatan dan pelancong asing.

Pengendali Bas, Tempoh, Tambang dan Nota

Perak Transit, Star Shuttle, YoYo dan Starmart adalah pengendali bas untuk perjalanan bas dari KLIA ke Ipoh. Terdapat lebih dari 10 jadual perjalanan setiap hari disediakan bagi perkhidmatan bas dari KLIA ke Ipoh. Selepas mendarat dan mendapat kelulusan kastam, penumpang yang telah menempah tiket secara online dengan lebih awal boleh terus ke kawasan bas KLIA untuk mendaftar masuk dan berlepas.

Tempoh perjalanan bagi bas dari KLIA ke Ipoh ialah lebih kurang 3.5-4 jam bergantung pada keadaan lalu lintas. Bas akan berlepas dari KLIA2 terlebih dahulu, sebelum meneruskan perjalanan ke KLIA untuk mengambil penumpang yang lain dan seterusnya menuju ke Ipoh. Starshuttle akan menurunkan penumpang di Terminal Bas Aman Jaya di Ipoh.

Perkhidmatan bas tanpa henti dari KLIA ke Ipoh adalah mudah dan menjimatkan masa bagi penumpang kerana mereka boleh menjimatkan masa untuk bertukar-tukar bas di bandar raya Kuala Lumpur. Selain itu, penumpang dapat mengelak daripada terperangkap dalam trafik yang teruk di Kuala Lumpur kerana tidak perlu ke pusat bandar untuk menukar bas. Jadi, walaupun tambang bas bagi bas dari KLIA ke Ipoh sedikit tinggi daripada tambang bas KLIA ke KL dan KL ke Ipoh dalam lingkungan RM40, ia tetap menjadi pilihan penumpang untuk mengambil bas tanpa henti dan mudah dari KLIA ke Ipoh. Harga tiket bas bagi laluan ini juga akan naik sedikit pada musim perayaan atau cuti sekolah.

Star Shuttle ialah syarikat bas yang dipercayai dan bertanggungjawab. Ini dapat dibuktikan menerusi perkhidmatan bas mereka yang konsisten dan dipercayai untuk perjalanan bas dari KLIA ke Ipoh lebih dari 10 tahun ini. Mereka mempunyai pasukan yang kuat dan berpengalaman dalam memastikan perjalanan penumpang di antara KLIA dan Ipoh adalah lancar, supaya penumpang dapat sampai dan mengambil penerbangan mereka pada masa yang tepat. BusOnlineTicket.com ialah laman web online yang bereputasi dalam membekalkan perkhidmatan penempahan online bagi penumpang menempah bas mereka dari KLIA ke Ipoh.