Bas dari Cameron Highlands ke Penang

Eksklusif untuk Ahli Baru! Guna Kod: BOTNEW dan nikmati Tawaran 50%* untuk tempahan pertama. Tertakluk T&S.

Jadual Bas dari Cameron Highlands ke Penang dan Tambang Bas

Pengusaha Bas Bas Pertama Bas Terakhir Bil. Perjalanan Tarikh Bertolak Tambang dari
C.S Travel & Tours 08:00 14:30 8 M T W T F S S  RM 40.00
Unititi Express 08:30 14:15 4 M T W T F S S  RM 35.00
Bas dari Cameron Highlands ke Penang
Tambang Paling MurahRM 35.00
Jarak244 km
Anggaran Masa4 hr 36 min
Bil. Pengusaha Bas2 operators

Pengusaha Bas Popular dari Cameron Highlands ke Penang

Panduan Bas dari Cameron Highlands ke Pulau Pinang

Bas dari Cameron Highlands ke Pulau Pinang

Bas dari Cameron Highlands ke Pulau Pinang adalah salah satu laluan bas popular yang menghubungkan dua tarikan pelancong yang popular di Malaysia. Pelancong yang datang ke Malaysia biasanya akan melawat Kuala Lumpur, Melaka, Cameron Highlands, dan Pulau Pinang. Oleh itu, bas yang terus dari Cameron ke Pulau Pinang memberi kemudahan kepada mereka untuk melawat Pulau Pinang selepas menikmati pemandangan semula jadi dan udara segar di Cameron Highlands.

Tempoh Perjalanan, Harga Tiket Bas, Perhentian dan Nota

Unititi Express, Perak Transit dan CS Travel adalah pengusaha bas yang menyediakan perkhidmatan bas dari Cameron Highlands ke Pulau Pinang. Harga tiket bas untuk bas dari Cameron Highlands ke Pulau Pinang adalah dari RM 32.00-35.00 untuk setiap tiket. Namun, harga tiket bas mungkin berbeza sedikit mengikut musim.

Tempoh perjalanan yang diperlukan untuk bas dari Cameron Highlands ke Pulau Pinang adalah kira-kira 3 jam bergantung kepada keadaan trafik. Perhentian ke tandas akan diperuntukkan atas permintaan penumpang semasa perjalanan.

Kesemua bas ekspres berlepas dari Terminal Bas Tanah Rata. Unititi Express dan CS Travel juga mengambil penumpang dari pusat maklumat pelancongan masing-masing. Pusat maklumat pelancongan mereka terletak pada permulaan Jalan Utama Tanah Rata.

Perak Transit, Unititi Express dan CS Travel akan menurunkan penumpang di Terminal Bas Sungai Nibong. Dari terminal, penumpang perlu mengambil perkhidmatan bas tempatan 401 atau teksi untuk pergi ke Georgetown. Perhentian bas dan teksi terletak di sebelah Terminal Bas Sungai Nibong. Jika anda ingin ke Penang Sentral, anda boleh mengambil bas dari Cameron Highlands ke Butterworth, Pulau Pinang.

Biasanya bas akan terus dari Cameron Highlands ke Pulau Pinang, tetapi kadang-kadang pemandu bas akan menurunkan penumpang di Ipoh sebelum menuju ke Pulau Pinang (Nota: Dari Cameron Highlands ke Pulau Pinang, bas akan tidak boleh tidak akan melalui Ipoh)

BusOnlineTicket.com adalah portal tiket yang menawarkan perkhidmatan tempahan tiket secara online untuk bas dari Cameron ke Pulau Pinang dengan pengesahan segera dan kebolehan memilih tempat duduk. Kerana perjalanan harian yang terhad dari Cameron Highlands ke Pulau Pinang, anda dinasihatkan untuk menempah tiket bas Cameron ke Pulau Pinang lebih awal di BusOnlineTicket.com untuk mengelakkan kekecewaan. Terdapat bas yang telah mengaktifkan BOT GoFlexi jadi anda boleh menjadualkan semula tiket anda sekiranya anda tidak dapat melakukan perjalanan pada tarikh yang ditempah.