Bas dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur

Eksklusif untuk Ahli Baru! Guna Kod: BOTNEW dan nikmati Tawaran 50%* untuk tempahan pertama. Tertakluk T&S.

Jadual Bas dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur dan Tambang Bas

Pengusaha Bas Bas Pertama Bas Terakhir Bil. Perjalanan Tarikh Bertolak Tambang dari
C.S Travel & Tours 08:30 17:30 10 M T W T F S S  RM 45.00
Pahang Lin Siong 08:30 08:30 1 M T W T F S S  RM 22.40
Unititi Express 08:30 16:45 12 M T W T F S S  RM 45.00
Bas dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur
Tambang Paling MurahRM 22.40
Jarak218 km
Anggaran Masa4 hr 53 min
Bil. Pengusaha Bas3 operators

Pengusaha Bas Popular dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur

Tips Bas dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur

Bas dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur

Bas dari Cameron Highlands ke KL adalah salah satu laluan pelancongan yang sangat popular yang menghubungkan dua tarikan pelancongan terkenal di Malaysia; Kuala Lumpur dan Cameron Highlands. Bas-bas yang menyediakan perkhidmatan untuk laluan ini menggunakan reka bentuk bas moden bagi menawarkan pengalaman terbaik bagi penumpang mereka.

Bas-bas dilengkapi dengan tempat duduk yang boleh dilaraskan dan sistem penyaman udara. Di samping itu, penumpang juga boleh menikmati perjalanan yang selesa dengan ruang kaki yang mencukupi dan kusyen tempat duduk yang tebal bagi perjalanan yang panjang.

Perkhidmatan Bas dari Cameron Highlands ke KL

Unititi Express dan CS Travel adalah dua pengusaha bas popular yang menyediakan bas dari Cameron Highlands ke KL. Tambang bas mereka adalah RM 35.00 setiap tiket. Selain Unititi Express dan CS Travel, Perak Transit dan Pahang Lin Siong juga menawarkan perkhidmatan bas untuk laluan ini dengan jadual perlepasan yang terhad dan harga tiket yang lebih murah.

Sekiranya kesemua jadual perlepasan digabungkan, perkhidmatan bas ekspres biasanya bermula dari jam 08:30 AM hingga petang 5:30 PM, dengan selang 1 hingga 2 jam antara jadual.

Tempoh, Tambang, Perhentian dan Nota

Perjalanan bas dari Cameron Highlands ke KL adalah kira-kira 4 jam bergantung kepada keadaan trafik. Perhentian untuk ke tandas akan diperuntukan sekiranya terdapat permintaan dari penumpang semasa perjalanan. Harga tiket bas Cameron Highlands ke KL bermula dari RM 22.40 hingga RM 35.00.

Tempat perlepasan di Cameron Highlands terletak di Terminal Bas Tanah Rata. Walau bagaimanapun Unititi Express dan CS Travel juga mengambil penumpang dari pusat maklumat pelancongan masing-masing di Tanah Rata. Pusat maklumat pelancongan mereka terletak pada permulaan Jalan Utama Tanah Rata. Sila hubungi pengusaha bas untuk pengesahan dan pengaturannya.

Perjalanan satu jam untuk turun dari Cameron Highlands ke KL menawarkan antara pandangan yang menarik dan indah yang boleh didapati di Malaysia. Penggemar alam semula jadi pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati pandangan ini semasa perjalanan dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur.

Tempat ketibaan mereka di Kuala Lumpur biasanya di TBS. CS Travel dan Unititi Express juga yang menurunkan penumpang di KL Sentral sebelum ke TBS. KL Sentral adalah hab pengangkutan di Kuala Lumpur di mana penumpang boleh mengambil monorel, LRT dan KTM untuk ke destinasi seterusnya. TBS pula terletak sedikt jauh dari pusat bandar Kuala Lumpur walaupun masih bersambung dengan LRT, KTM dan KLIA Transit. Sementara itu, Pahang Lin Siong hanya berhenti dan menurunkan penumpang di Terminal Bas Pekeliling dengan harga tiket yang lebih murah dari RM 22.40 untuk dewasa dan RM 11.20 untuk kanak-kanak.

Tiket Online Cameron Highlands ke Kuala Lumpur

BusOnlineTicket.com adalah portal yang dipercayai yang menyediakan perkhidmatan tempahan online untuk tiket bas Cameron Highlands ke KL dengan pengesahan serta merta. Anda boleh memeriksa perjalanan dan memilih tempat duduk dengan mudah dalam talian di laman web kami atau melalui aplikasi mudah alih BusOnlineTicket. Ahli kami dapat menikmati Program Kesetiaan terbaik di mana anda dapat memperoleh BOT Miles dan menebus sehingga RM50 / SGD25 untuk tempahan akan datang. Jadi, mulakan tempahan dengan kami hari ini!