Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian

Jadual Bas dari Alor Setar ke Genting Highlands dan Tambang Bas

Pengusaha Bas Bas Pertama Bas Terakhir Bil. Perjalanan Tarikh Bertolak Tambang dari
Antar Holiday 21:00 21:00 1 M T W T F S S  RM 60.00
Bas dari Alor Setar ke Genting Highlands
Tambang Paling MurahRM 60.00
Jarak418 km
Anggaran Masa7 hrs 00 min
Bil. Pengusaha Bas1 operators

Pengusaha Bas Popular dari Alor Setar ke Genting Highlands

  • Antar Holiday

Panduan Bas dari Alor Setar ke Genting Highlands

Bas dari Alor Setar ke Genting Highlands

Bas dari Alor Setar ke Genting Highlands adalah salah satu laluan penting yang membolehkan penduduk di Kedah untuk pergi ke tempat tarikan di dalam Malaysia, Genting Highlands. Oleh kerana tiada penerbangan dan keretapi yang terus ke laluan ini, bas dari Alor Setar ke Genting Highlands adalah satu-satunya pengangkutan untuk ke Genting Highlands.

Pengusaha Bas, Tempoh, Harga Tiket Bas dan Informasi Bertolak & Ketibaan

Antar Holiday Express adalah satu-satunya pengusaha bas dari Alor Setar ke Genting Highlands. Mereka menyediakan 1 kali perlepasan yang bertolak pada pukul 10:00am ke Genting Highlands dari Alor Setar. Sekiranya pada musim permintaan yang tinggi, Antar Holiday akan menyediakan bas ekstra pada pukul 10:00am.

Tempoh masa yang diperlukan untuk bas dari Alor Setar ke Genting Highlands mengambil masa sekurang-kurangnya 6 jam bergantung pada keadaan trafik dan cuaca. Harga tiket bas ialah RM 55.00.

Tempat bertolak di Alor Setar ialah pejabat pusat Antar Holiday Express, yang terletak di Lot 2888, Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Bas dari Alor Setar ke Genting Highlands akan tiba di Terminal Bas Awana. Untuk sesiapa yang ingin ke Resort Genting Highlands, mereka perlu mengambil kereta kabel untuk ke sana.

Pembukaan Taman Tema Twentieth Century Fox

Pada masa ini, taman tema luar di Genting Highlands ditutup kerana pengubahsuaian untuk pembukaan taman tema baru. Taman Tema Twentieth Century Fox dijangka akan dibuka pada tahun akan datang. Terdapat sehingga 25 permainan dan tarikan yang ditawarkan untuk dewasa dan kanak-kanak. Permainan dan tarikan itu dibina berdasarkan filem seperti Night at the Museum, Ice Age dan Titanic.

Dengan pembukaan Taman Tema Twentieth Century Fox, bas Antar Holiday Express bagi laluan dari Alor Setar ke Genting Highlands akan memainkan peranan untuk membawa penumpang daripada utara ke Genting Highlands.

Tempah tiket online lebih awal di BusOnlineTicket.com adalah sentiasa disarankan bagi mengelak kekecewaan kerana jadual bas harian yang terhad oleh Antar Holiday Express.