Panduan Lengkap Terminal Bas Awana Genting Highlands

Jika anda ke Genting Highlands menaiki bas, kebiasaanya anda akan turun di Terminal Bas Awana. Terminal Bas Awana adalah terminal bas baharu di Genting Highlands. Kini, terdapat beberapa infrastruktur baru dibina untuk menarik lebih ramai orang disamping memudahkan pengunjung untuk ke Genting Highlands:

  • Terminal Bas Awana, terminal bas baru di Genting Highlands
  • Awana Skyway, terletak di bangunan yang sama di Terminal Bas Awana
  • Sky Avenue, Genting Highlands

Mengapa ambil bas ke Genting Highlands?

Memandu kereta anda ke Genting Highlands agak memenatkan kerana lokasinya terletak di tanah tinggi dan jalannya berliku. Jika anda tidak cukup rehat atau kereta anda tidak disediakan dengan sebaiknya untuk perjalanan itu, kemalangan boleh berlaku. Mengambil bas ke Genting Highlands adalah cara yang paling mudah dan jimat untuk ke Genting Highlands.

Terminal Bas Awana

Tingkat-Tingkat di Terminal Bas Awana

LG
Kaunter Tiket Bas
Platform Perlepasan Bas
Platform Ketibaan Bas
G
Perkhidmatan Penyimpanan Bagasi
Perhentian Teksi
L1
Tempat Letak Kereta
L2
Awana SkyWay
Kaunter Tiket Awana Skyway

Pintu Masuk ke Terminal Bas

Jika anda mengambil bas ekspres ke Genting Highlands, bas akan berhenti di Terminal Bas Awana yang terletak 20 minit dari Genting Sempah. Apabila anda tiba di Terminal Bas Awana, anda akan melihat dua bangunan. Di sebelah kiri anda adalah tempat letak kereta dan di sebelah kanan adalah Terminal Bas Awana. Bas ekspres akan menurunkan penumpang dan bertolak dari sini.

Pintu Masuk Utama ke Terminal Bas Awana
Pintu Masuk Utama Terminal Bas Awana

Platform Ketibaan & Platform Perlepasan

Sistem di platform ketibaan dan perlepasan bas adalah teratur dan ditanda dengan papan tanda. Sistem ini digunakan untuk semua terminal bas baru bagi memudahkan penumpang pergi terus ke platform perlepasan yang tepat. Antara pengusaha bas terkenal di Terminal Bas Awana ialah Aerobus.

Platform Ketibaan di Terminal Bas Awana
Platform Perlepasan Terminal Bas Awana

Kaunter Tiket

Kaunter tiket di Terminal Bas Awana Genting terletak di tingkat Lower Ground Level (LG), tingkat yang sama untuk platform ketibaan dan perlepasan. Tiada kaunter spesifik untuk setiap pengusaha bas. Anda boleh membeli tiket bas untuk mana-mana pengusaha bas di kaunter yang sama. Waktu beroperasi untuk kaunter tiket bermula 8 pagi.

TV LCD Terletak di Sebelah Kaunter Tiket
Kaunter Tiket Bas Terminal Bas Awana

TV LCD

Di Terminal Bas Awana, anda akan melihat beberapa TV LCD di sesetengah kawasan di Tingkat LG. Tujuan TV LCD itu ialah untuk menyenaraikan perlepasan dan ketibaan bas di terminal.

Dari TV LCD itu, anda boleh melihat nama pengusaha bas, nombor perjalanan, masa, destinasi, nombor platform dan status perjalanan bas, sama ada ia telah berlepas atau ditunda.

Sila pastikan nombor platform anda sebaiknya untuk mengelak dari kesilapan menaiki bas dan menuju ke destinasi yang salah.

LCD TV di Tempat Penumpang Menunggu
LCD TV Menunjukkan Masa Perlepasan dan Ketibaan Bas

Tempat Penumpang Menunggu

Terdapat banyak kerusi di tempat menunggu di tingkat LG. Oleh itu, penumpang boleh duduk dengan selesa sementara menunggu bas mereka. Walaubagaimanapun, ruang itu mungkin tidak mencukupi pada musim ramai pengunjung.

Tempang Penumpang Menunggu di Terminal Bas Awana
Tempat Penumpang Menunggu di Terminal Bas Awana

Tandas, Bilik Penjagaan Bayi & Tandas Orang Kurang Upaya

Tandas lelaki dan perempuan terletak berasingan. Berhati-hati dengan simbol tandas lelaki dan perempuan kerana ianya agak mengelirukan.

Di situ juga, mereka menyediakan bilik penjagaan bayi untuk para ibu memenuhi keperluan anak mereka. Tandas untuk orang kurang upaya (OKU) turut disediakan dan ditanda dengan jelas.

Semua kemudahan itu terdapat di semua tingkat.

Tandas di Terminal Bas Awana

Lif & Eskalator

Untuk berjalan-jalan di bangunan itu, anda boleh menggunakan tangga, eskalator atau lif. Anda hanya perlu ikut tanda arah dan anda akan sampai ke tempat yang anda hendak pergi di bangunan itu.

Lif dalam Terminal Bas Awana
Eskalator ke Kereta Kabel Awana Skyway

Perkhidmatan Penyimpanan Bagasi

Untuk maklumat anda, setiap orang mempunyai had bagasi yang boleh dibawa untuk menaiki kereta kabel. Setiap orang hanya dibenarkan untuk membawa satu bagasi sahaja dan jika saiz bagasi anda melebihi had yang ditetapkan, anda boleh dikenakan cas sebanyak RM20.

Mujurlah, Terminal Bas Awana mempunyai perkhidmatan penyimpanan bagasi di tingkat G di mana anda boleh menyimpan barangan sebelum anda ke Genting Highlands.

Perkhidmatan Penyimpanan Bagasi di Terminal Bas Awana
Kaunter Perkhidmatan Penyimpanan Bagasi di Terminal Bas Awana

Perhentian Teksi

Kawasan teksi di Terminal Bas Genting Awana terletak di tingkat G, di hadapan kaunter Perkhidmatan Penyimpanan Bagasi. Anda hanya perlu berjalan menerusi pintu seperti di gambar kedua di bawah untuk menunggu teksi.

Kaunter Teksi di Terminal Bas Awana
Tempat Menunggu Teksi di Terminal Bas Awana

Tempat Letak Kereta

Anda boleh memandu ke Terminal Bas Awana dan letak kereta anda di ruang yang disediakan sebelum mengambil kereta kabel ke Genting Highlands. Lokasi tempat letak kereta adalah di dalam Terminal Bas Awana di hadapan terminal bas. Mereka dihubungkan dengan jambatan. Anda hanya perlu mengikut papan tanda untuk ke Awana Skyway.

Tempat Letak Kereta Terminal Bas Awana
Pintu Masuk dari Tempat Letak Kereta ke Awana Skyway

Gambar di sebelah kiri di bawah adalah lobi di tempat letak kereta dan gambar seterusnya adalah eskalator. Terdapat 7 tingkat disediakan untuk tempat letak kereta. Tandas juga disediakan di semua tingkat itu.

Lobi Tempat Letak Kereta Terminal Bas Awana
Eskalator di Tempat Letak Kereta di Terminal Bas Awana

Tempat letak kereta itu menggunakan sistem pembayaran auto (autopay machine). Stesen pembayaran auto terletak di tempat letak kereta B1, B3, B5 dan B6.

Mesin Tiket & Mesin Air

Selain kaunter tiket, anda juga boleh membeli tiket bas anda dari mesin. Ia terdapat di tingkat LG di mana semua operasi bas ekspres terletak. Terasa dahaga? Anda boleh mencari mesin air yang disediakan dalam bangunan itu.

Mesin Tiket di Terminal Bas Awana
Mesin Air di Terminal Bas Awana

Kemudahan Lain?

Terminal Bas Awana masih dalam pembangunan ketika lawatan kami ke sana. Masih belum ada surau, restoran atau kedai runcit di Terminal Bas Awana. Walaubagaimanapun, anda boleh mengakses semua kemudahan itu apabila tiba di Genting Highlands melalu kereta kabel dalam 10 minit.

Sebagai alternatif, anda boleh melawat Genting Highlands Premium Outlet di hadapan terminal. Jambatan yang menghubungkan dua bangunan itu terletak di tingkat G. Bilik surau, tempat makan dan kedai-kedai boleh didapati di Genting Highlands Premium Outlet.

Genting Highlands Premium Outlet dari Awana Bus Terminal
Tempat Makan di Genting Highlands

Beli Tiket Bas Online ke Genting Highlands

BusOnlineTicket.com menawarkan tempahan tiket bas ke Genting Highlands online untuk beberapa laluan terkenal. Klik perjalanan di bawah untuk membeli tiket bas anda ke Genting Highlands sekarang.

Sila ambil perhatian terminal bas seperti Terminal Bas Mushroom masih beroperasi. Sila pastikan tempat ketibaan anda semasa menempah tiket.