Jom Jalan-Jalan!
Ia adalah Sabtu pagi yang indah, saya duduk dengan selesa di sofa kegemaran, menikmati minuman harian dan melihat Instagram. Saya melihat gambar baru yg dimuat naik oleh rakan saya, mengenang tentang masa dia ke Garden By The Bay di Singapura pada bulan lepas.
Saya sudah lama tidak melawat ke negara itu walaupun negara itu berdekatan sahaja dengan tempat tinggal dan saya hanya perlu memandu dan menyeberang jambatan yang menghubungkan Malaysia dan Singapura.
Saya sudah terfikir untuk ke Singapura dari minggu yang lalu. Tambahan pula, untuk mejadikan pengalaman kali ini kepada satu cabaran, saya membuat keputusan untuk menaiki tren dan tidak memandu. Oleh itu, saya menempah tiket dengan BusOnlineTicket.com pada Khamis yang lalu. Selepas telah bersiap, saya pergi ke Stesen Keretapi JB Sentral untuk memulakan perjalanan.
Stesen Keretapi JB Sentral
Stesen Keretapi JB Sentral terletak di sebelah Terminal Bas JB Sentral. Kerana lokasi yang strategik, stesen dan terminal bas itu agak sibuk dengan orang ramai. KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad) adalah syarikat yang menyediakan perjalanan tren dari Johor Bahru ke Singapura. Apabila tiba di sana, saya pergi ke Kaunter Tiket KTM untuk membeli tiket keretapi.
Membeli Tiket!
Terdapat dua jenis baris giliran di Kaunter Tiket KTM, di sebelah kiri adalah untuk membeli tiket perlepasan semasa dan kanan adalah untuk membeli tiket perlepasan akan datang. Saya beratur tidak lama kerana ia merupakan hujung minggu. Saya agak, kebiasaannya barisan beratur akan lebih panjang terutamanya pada hari bekerja.
Setelah menukar tiket PDF dari BusOnlineTicket.com di kaunter, akhirnya saya mendapat tiket keretapi di tangan. Harga tiket keretapi dari Johor Bahru ke Singapura adalah RM5 dan dari Singapura ke Johor Bahru adalah SG$5. Tempoh perjalanan hanyalah 5 minit!
Gate A ke Singapura
Saya berjalan-jalan untuk melihat ke mana saya perlu pergi seterusnya. Di sana, mereka telah sediakan papan tanda arah. Oleh kerana tren dari Johor Bahru menuju ke dua hala, utara dan selatan, terdapat dua gate yang berbeza untuk destinasi berlainan. Gate A adalah tren menghala ke selatan dan Gate B untuk tren menghala ke utara.
Di situ ada papan notis untuk memaklumkan bahawa gate untuk memeriksa tiket akan ditutup sebelum 5 minit waktu bertolak. Oleh itu, penumpang dinasihatkan untuk tiba di platform perlepasan keretapi 5 hingga 10 minit awal. Sila ambil perhatian, ianya agak jauh untuk berjalan kaki ke platform perlepasan. Tambahan lagi, anda perlu melalui proses kastam dan imigresen.
Mengikut petunjuk arah, saya berjalan dan menuju ke bawah menggunakan eskalator ke kaunter kastam dan imigresen.
Tren Shuttle dari JB Sentral ke Woodlands CIQ
Setelah selesai, saya mengikut arah yang disediakan untuk ke platform perlepasan. Nikmati satu lagi perjalanan eskalator! Turun ke platform, saya melihat tren dan platform yang tidak begitu ramai orang. Saya seronok kerana telah memilih waktu yang tepat untuk perjalanan yang tak dirancang ke Singapura atau tidak saya pasti akan berhimpit dengan orang ramai.
Setelah masuk ke dalam tren, penghawa dingin begitu memberikan kesegaran dan keselesaan. Terdapat nombor tempat duduk tertera di atas tiket tetapi anda akan mendapati tiada sebarang nombor pada tempat duduk. Tren Shuttle Tebrau 5 minit ini merupakan tren yang anda boleh duduk di mana-mana sahaja. Walaupun anda tidak mendapat tempat duduk, 5 minit berdiri tidaklah lama.
Tempat duduk tersebut sama dengan Keretapi KTM lain. Ianya luas dan cukup selesa untuk perjalanan keretapi singkat selama 5 minit itu. Saya seronok menikmati pemandangan luar tingkap dan anda boleh melihat jambatan yang sering dipenuhi dengan kereta. Kesesakan lalu lintas di jambatan itu boleh makan masa sehingga berjam-jam! Tetapi, melihat ke awan biru. Saya gembira dapat melihat cuaca yang bagus dan boleh meneruskan perjalanan mencabar saya tanpa risau.
Saya berasa teruja dengan perjalanan itu. Perjalanan saya berjalan dengan lancar.
Ketibaan di Woodlands CIQ
5 minit akhirnya berakhir! Saya sudah tiba di destinasi! Saya duduk dengan selesa dan tunggu untuk keretapi berhenti sebelum saya melangkah keluar dari tren untuk ke platform Woodlands, atau lebih spesifik Woodlands CIQ. Woodlands CIQ adalah Pusat Pemeriksaan Tren Woodlands untuk semua keretapi antara Johor Bahru dan Singapura. Semua penumpang perlu melepasi kastam dan imigresen.
Di bawah adalah kaunter kastam dan imigresen di Woodlands. Setelah selesai proses itu, saya mengikut laluan untuk keluar. Saya bersyukur barisan beratur itu tidak panjang kerana bukan waktu puncak.
Seterusnya, saya perlu melepasi kaunter pengesan beg. Pastikan anda tidak membawa apa-apa yang haram! Atau anda akan tersangkut disini dan melambatkan perjalanan. Setelah selesai pemeriksaan beg, saya menggunakan eskalator naik ke atas dan keluar dari bangunan itu.
Keluar Dari Woodlands CIQ
Dari Woodlands CIQ, terdapat dua pilihan perjalanan ke destinasi seterusnya. Anda boleh menaiki teksi atau Bas SMRT dan pergi ke Stesen MRT, di mana akan mengurangkan kos anda jika dibandingkan dengan teksi. Saya bercadang untuk mengambil bas oleh itu saya berjalan 5 minit untuk ke Woodlands Centre Road kerana ada perhentian bas.
|
Saya bercadang untuk melawat ke beberapa tempat dan Garden by The Bay pastilah salah satunya. Jadi, saya bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan yang mencabar ini. Adakah anda sudah bersedia untuk mengembara? Selamat berjalan-jalan!