WTS Travel & Tours Menawarkan Promosi Pembukaan Desaru Coast Adventure Waterpark

WTS Travel & Tours Menawarkan Promosi Pembukaan Desaru Coast Adventure Waterpark

Promosi Pembukaan: WTS Travel & Tours Menawarkan Pakej Desaru Coast Adventure Waterpark

Memanggil semua keluarga dan rakan-rakan yang meminati aktiviti air mencabar! Desaru Coast Adventure Waterpark yang terdiri daripada kolam berombak terbesar di Asia Tenggara telah dibuka dan beroperasi pada bulan Jun 2018. Kami tidak boleh menyembunyikan lagi keseronokan ini untuk memberitahu kepada para pelanggan kami bahawa WTS Travel & Tours sedang menawarkan pakej promosi Desaru Coast Adventure Waterpark di BusOnlineTicket.com sekarang!

Desaru Coast Adventure Waterpark merupakan salah satu taman tema air terbesar negara yang berlatar belakangkan perkampungan nelayan Malaysia. Di dalam Desaru Coast Adventure Waterpark, para pengunjung boleh merasai pengalaman bermandi-manda di kolam berombak terbesar dan peluncur air pertama di Asia Tenggara. Terdapat sehingga 5 zon splash yang menarik dengan gabungan 20 permainan kering dan basah, luncur dan pelbagai tarikan untuk diterokai.

Pakej Desaru Coast Adventure Waterpark yang ditawarkan oleh WTS Travel & Tours ialah perkhidmatan kombo untuk tiket bas dua hala dan tiket masuk 1 hari ke Desaru Coast Adventure Waterpark. Pakej pelancongan ini ditawarkan pada harga dari S$60.00 untuk dewasa dan dari harga S$54.00 untuk setiap kanak-kanak atau warga emas. Sila ambil perhatian bahawa usia dari 3 hingga 11 tahun atau ketinggian sehingga 121 cm dianggap sebagai kanak-kanak manakala warga emas adalah mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Promosi ini sah dari 19 Julai 2018 sehingga 31 Disember 2018.

Tempat bertolak dan ketibaan di Singapura adalah di Singapore Flyer. Waktu bertolak setiap hari adalah pada 9 pagi. Pada 8.30 pagi, para penumpang perlu berkumpul di pejabat WTS (nombor unit #01-06D), sebelum berangkat dari Singapore Flyer ke Desaru. Bagi perjalanan pulang dari Desaru ke Singapura, para penumpang perlu berkumpul di Coach Bay pada 5 petang.

Anda bercadang untuk percutian singkat ke Desaru Coast Adventure Waterpark bersama keluarga dan rakan-rakan? Tempahlah pakej Desaru Coast Adventure Waterpark anda di BusOnlineTicket.com bersama WTS Travel & Tours sekarang. Anda dinasihatkan untuk menempah pakej pelancongan online anda melalui BusOnlineTicket.com untuk mendapatkan tiket anda, terutamanya pada hujung minggu atau musim percutian.