Tiket Bas dari TBS ke Alor Setar untuk Suasana Holiday Dibuka Online

Bas Suasana Holiday dari Kuala Lumpur TBS ke Alor Setar

Rancang Percutian Anda dari TBS Kuala Lumpur ke Alor Setar dengan Suasana Holiday Express

Perhatian semua, kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa Suasana Holiday Express telah menyertai BusOnlineTicket.com! Antara laluan bas popular yang ditawarkan termasuk perkhidmatan bas antara Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur dan Alor Setar. Jangan risau, anda boleh menempah tiket bas Suasana Holiday Express dengan mudah dan nikmati akses 24/7 ke laman web kami BusOnlineTicket.com untuk tempah tiket bas online anda pada bila-bila masa sahaja yang anda mahu.

Suasana Holiday Express adalah pengusaha bas ekspres yang terletak di Alor Setar, Kedah. Mereka menyediakan perkhidmatan bas ke pelbagai destinasi termasuk Alor Setar, Melaka, Seremban, TBS dan Hatyai. Kesemua bas mereka cukup dilengkapi dengan penghawa dingin, tempat duduk boleh laras, ruang kaki yang luas, serta tempat penyimpanan barang yang luas untuk keselesaan anda sepanjang menuju ke destinasi. Selain itu, bas baru mereka juga mempunyai tempat pengecas USB bagi kemudahan penumpang terutamanya semasa perjalanan jauh.

Laluan popular bagi bas Suasana Holiday Express:

Ayuh, apa lagi yang anda tunggu? Cepat dapatkan tiket bas dari TBS ke Alor Setar dan tiket bas dari Alor Setar ke TBS hanya dari RM45.00 sehala. Tempat mengambil dan menurunkan penumpang di Kuala Lumpur terletak di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) manakala tempat mengambil dan menurunkan penumpang di Alor Setar terletak di Terminal Bas Shahab Perdana.

Jangan lupa untuk dapatkan tiket bas online anda di portal tempahan tiket yang paling dipercayai BusOnlineTicket.com atau melalui aplikasi mobil kami yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play. Kesemua tempahan melalui BusOnlineTicket.com akan segera disahkan setelah pembayaran dilakukan.

Tempah Sekarang