Perkhidmatan Bas Baru Prisma Express Antara Johor Bahru dan Kuala Terengganu

Perkhidmatan Bas Baru Prisma Express Antara Johor Bahru dan Kuala Terengganu

Tahun baru ini dimulakan dengan berita yang baik! Kini, semua orang boleh pergi ke Wilayah Selatan dan Wilayah Pantai Timur di Malaysia dengan mudah dengan perkhidmatan bas baru yang ditawarkan oleh Prisma Express. BusOnlineTicket.com dengan gembiranya mengumumkan bahawa Prisma Express telah melancarkan perkhidmatan bas baru mereka yang terus antara Johor Bahru dan Kuala Terengganu. Mereka juga menyediakan perkhidmatan tempahan tiket bas mereka secara online di BusOnlineTicket.com.

Prisma Express adalah salah satu pengusaha bas baru yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Mereka terkenal dalam menyediakan perkhidmatan bas dari Kuala Lumpur ke destinasi-destinasi lain di Semenanjung Malaysia. Sepanjang tahun, Prisma Express berjaya mempelbagaikan laluan mereka ke Wilayah Utara Malaysia. Selain itu, Prisma Express juga menyediakan perkhidmatan bas antara Kuantan dan Dungun.

Laluan bas baru yang disediakan oleh Prisma Express adalah seperti berikut:

Tempat naik dan turun bas di Johor Bahru terletak di Terminal Bas Larkin dan Pasir Gudang. Sementara itu, tempat naik dan turun bas di Kuala Terengganu terletak di Terminal Bas Kuala Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Harga tiket untuk bas antara Johor Bahru dan Kuala Terengganu adalah dari RM 48.00 untuk satu perjalanan.

Mahu mengelakkan mimpi ngeri beratur panjang di kaunter tiket? Tempah tiket bas anda antara Johor Bahru dan Kuala Terengganu di BusOnlineTicket.com dan nikmati perjalanan yang selesa dengan Prisma Express. E-mel pengesahan tempahan akan segera dihantar kepada anda sebaik sahaja pembayaran diterima.