Queen Express menawarkan perkhidmatan bas ekspres antara Kuala Lumpur dan Kota Bharu
Jom beramai-ramai ke sini! BusOnlineTicket.com teruja untuk mengumumkan salah satu pengusaha bas popular Queen Express telah menyertai kami untuk menawarkan perkhidmatan tempahan online untuk tiket bas mereka. Sekarang, semua orang boleh menikmati kemudahan tempahan tiket bas Queen Express online untuk perjalanan akan datang di BusOnlineTicket.com. Melalui kerjasama antara BusOnlineTicket.com dan Queen Express, membeli tiket untuk perjalanan antara KL dan Kota Bharu kini lebih mudah berbanding sebelum ini.
Queen Express adalah salah satu pengusaha bas popular yang terletak di rantau Pantai Timur. Pejabat utama Queen Express terletak di Kota Bharu, Kelantan. Kesemua bas yang digunakan oleh Queen Express adalah bas satu tingkat dengan 30 tempat duduk dan bas ekspres 48 tempat duduk yang dilengkapi dengan sistem penyaman udara, WiFi, tempat pengecas dan tempat duduk yang luas.
Perkhidmatan bas paling popular yang disediakan oleh Queen Express adalah bas dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Tempat bertolak dan ketibaan di Kuala Lumpur terletak di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), manakala tempat bertolak dan ketibaan di Kota Bharu terletak di Terminal Bas Kota Bharu. Harga tiket bas antara Kuala Lumpur dan Kota Bharu adalah RM44.00 satu perjalanan.
Dengan peningkatan jumlah penduduk tempatan di Kota Bharu yang bekerja dan belajar di Kuala Lumpur, terdapat peningkatan dalam permintaan untuk perkhidmatan bas antara Kuala Lumpur dan Kota Bharu. Untuk mengelakkan kekecewaan dalam tidak mendapatkan tiket bas, anda dinasihatkan untuk menempah tiket bas anda antara Kuala Lumpur dan Kota Bharu lebih awal secara online melalui BusOnlineTicket.com dan nikmati perjalanan dengan Queen Express. E-mel pengesahan tempahan akan dihantar kepada anda sebaik sahaja tempahan disahkan.