Feri dari Langkawi ke Koh Lipe and dari Koh Lipe ke Langkawi
Anda sedang merancang percutian ke pantai? Jadikan percutian anda lebih menarik dengan ke Koh Lipe dari Langkawi! Koh Lipe terkenal dengan “Maldives of Thailand” kerana pantainya dan sekitar kawasan Koh Lipe itu seumpama Maldives. Selain itu, Koh Lipe terletak 60km dari tanah besar Thailand dan berhampiran dengan Pak Bara Pier dan juga daerah Satun.
Telaga Terminal adalah sebuah syarikat feri yang mempunyai reputasi yang baik. Mereka mula beroperasi sejak 2005 dan mereka sangat berpengalaman dalam industri ini. Maka, banyak penduduk tempatan dan pelancong menggunakan perkhidmatan mereka untuk ke Koh Lipe dan Langkawi. Telaga Terminal menawarkan tempahan tiket feri secara online dari Langkawi ke Koh Lipe di BusOnlineTicket.com. Telaga terminal menyediakan feri dari Langkawi ke Koh Lipe pada waktu pagi pukul 9.30AM and pada waktu petang pukul 2.30PM setiap hari dengan harga tiket sebanyak RM128.00.
Langkawi dan Koh Lipe dikenali kerana pantainya yang cantik dan pemandangannya yang indah. Di Langkawi, anda boleh melawat ke pantai Cenang yang sangat terkenal di Malaysia. Puas bercuti di Langkawi, anda boleh mengambil feri ke Koh Lipe di Terminal Telaga Harbour. Langkawi adalah pelabuhan terdekat untuk ke Koh Lipe. Masa yang diambil dari Langkawi ke Koh Lipe lebih kurang satu setengah jam. Koh Lipe tidak mempunyai jeti atau pelabuhan. Apabila anda hampir sampai ke Koh Lipe, anda perlu berpindah ke bot yang lebih kecil kemudian dihantar ke pantai di Koh Lipe. Tambang bagi perkhidmatan bot ini termasuk dalam harga tiket feri Telaga Terminal.
Tiket feri Telaga Terminal boleh ditempah secara online di lawan web kami. Tempah tiket feri dari Langkawi ke Koh Lipe di BusOnlineTicket.com dan terima pengesahan tempahan dihantar ke emel anda dalam tempoh 24 jam hari ini!