LA Holidays Menawarkan Perkhidmatan Terus Antara TBS dan UMP Gambang

LA Holidays Menawarkan Perkhidmatan Terus Antara TBS dan UMP Gambang

Bas dari TBS ke UMP Gambang dan dari UMP ke TBS dengan LA Holidays Express

BusOnlineTicket.com sangat gembira untuk memperkenalkan perkhidmatan baru bagi bas LA Holidays antara TBS dan UMP Gambang. Para pelajar kini boleh menjimatkan kos dan masa mereka untuk ke Kuantan Sentral demi membeli tiket bas. Anda kini boleh menempah tiket bas TBS ke UMP dan tiket bas UMP ke TBS secara online di BusOnlineTicket.com!

Setelah LA Holidays mula melancarkan laluan baru pada tahun 2018, LA Holidays telah melanjutkan perkhidmatan dari TBS ke Kuantan Sentral dengan menyediakan tempat mengambil dan menurunkan penumpang di perhentian bas di pintu utama Kampus Universiti Malaysia Pahang (UMP) Gambang.

Perkhidmatan bas LA Holidays antara TBS dan UMP:

Tempat menurunkan penumpang di perhentian bas pintu utama Kampus UMP Gambang

Tempat mengambil penumpang di perhentian bas di seberang pintu utama Kampus UMP Gambang

Dengan adanya perkhidmatan yang memudahkan ini, para pelajar yang telah menempah tiket bas secara online dengan lebih awal di BusOnlineTicket.com kini boleh berjimat dan tidak perlu lagi ke Kuantan Sentral untuk membeli tiket dan menaiki bas. Untuk bas ke Kuala Lumpur, anda kini boleh menunggu bas di perhentian bas di seberang pintu utama kampus untuk menaiki bas ke TBS. Untuk kembali ke kampus dari Kuala Lumpur pula, anda kini boleh turun bas di perhentian bas di hadapan pintu utama kampus.

Harga Tiket Bas TBS ke UMP dan UMP ke TBS

Harga tiket bas antara Kuala Lumpur dan Kuantan adalah berpatutan iaitu dari RM 24.00 sehala. Untuk bas yang menghala ke TBS di Kuala Lumpur, tempat mengambil penumpang di Universiti Malaysia Pahang terletak di seberang pintu utama UMP Gambang, seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

 

Perhentian bas di seberang pintu masuk utama UMP Gambang

 

Dapatkan tiket bas LA Holidays antara TBS dan UMP Gambang di BusOnlineTicket.com untuk mengelak daripada perlu ke terminal bas dan beratur di kaunter tiket. Untuk lebih selamat, anda dinasihatkan untuk menempah tiket bas anda dengan lebih awal bagi memastikan perjalanan anda berjalan lancar dan baik. E-mel pengesahan akan segera dihantar kepada anda sebaik sahaja bayaran diterima.

Tempah Sekarang