LA Holidays Menawarkan Perkhidmatan Bas Antara Kuala Lumpur dan Pasir Gudang

LA Holidays Menawarkan Perkhidmatan Bas Antara Kuala Lumpur dan Pasir Gudang

Perkhidmatan Bas Antara Kuala Lumpur dan Pasir Gudang dengan LA Holidays

Kami sangat gembira untuk memberitahu anda semua bahawa LA Holidays telah melancarkan perkhidmatan bas antara Kuala Lumpur dan Pasir Gudang. Oleh itu, semua orang kini boleh menempah tiket bas LA Holidays dengan mudah di BusOnlineTicket.com. Dapatkan tiket bas LA Holidays sekarang di BusOnlineTicket.com untuk chup tempat duduk anda sebelum anda memulakan perjalanan!

LA Holidays adalah sebuah syarikat bas ekspres yang agak baru dan ibu pejabatnya terletak di Kuala Lumpur. Selain daripada perkhidmatan bas ekspres sendiri, LA Holidays juga merupakan rakan kongsi bas KKKL dan mereka menawarkan bas dari Kuala Lumpur ke Singapura, Kuala Lumpur ke Johor, Genting Highlands ke Singapura, dan Genting Highlands ke Johor. Dengan rekod prestasi mereka yang sangat baik, para penumpang berasa selesa menggunakan perkhidmatan bas LA Holidays untuk ke destinasi mereka.

Anda dinasihatkan untuk menempah tiket bas lebih awal supaya anda tidak perlu risau atau bimbang kerana tempat duduk anda telah di chup sebelum perjalanan. Jadual bas akan bermula dari 30 Mei 2019. Kesemua tempahan yang dibuat melalui BusOnlineTicket.com akan disahkan sebaik sahaja pembayaran berjaya diterima.

Tempah Sekarang