KKKL Express Menawarkan Bas dari Butterworth ke KL

KKKL Express dari Butterworth ke KL dan dari KL ke Butterworth

KKKL Express Menawarkan Bas dari Butterworth ke KL dan KL ke Butterworth

Kami berbesar hati untuk berkongsi dengan anda bahawa KKKL Express kini menawarkan perkhidmatan bas baru dari Butterworth ke KL dan dari KL ke Butterworth. Tiket bas KKKL Express untuk laluan ini boleh ditempah secara online di BusOnlineTicket.com.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1983, KKKL Express kini telah berkembang menjadi salah sebuah syarikat bas terkenal dan dikenali ramai dengan perkhidmatan bas ekspres ke bandar-bandar utama di Malaysia, Singapura, dan Thailand. KKKL Express amat mementingkan keselamatan dan kualiti perkhidmatan, oleh itu mereka sentiasa memastikan barisan pemandu mereka bertauliah dan berpengalaman.

KKKL Express menyediakan lebih daripada 100 bas ekspres termasuklah bas Super VIP, bas Executive, dan bas dua tingkat serta bas satu tingkat. Kesemua bas dilengkapi dengan sistem penghawa dingin, kerusi boleh laras dan ruang kaki yang luas untuk menambahkan keselesaan penumpang. Tambahan lagi, WiFi juga disediakan untuk bas biasa KKKL Express.

Butterworth dan Kuala Lumpur kedua-duanya merupakan bandar dan destinasi pelancongan utama di Malaysia. Penduduk tempatan serta para pelancong sering berulang-alik antara dua bandar ini untuk sama ada atas urusan kerja atau bercuti. Oleh itu, menaiki bas KKKL Express dari Butterworth ke Kuala Lumpur atau bas dari Kuala Lumpur ke Butterworth adalah pilihan yang paling menjimatkan dan memudahkan untuk berulang-alik antara dua bandar ini.

Tempat perlepasan dan ketibaan di Butterworth adalah di Penang Sentral manakala tempat perlepasan dan ketibaan di Kuala Lumpur adalah di TBS (Terminal Bersepadu Selatan). Harga tiket bas dari Butterworth ke Kuala Lumpur adalah berpatutan iaitu dari RM 35.00 sehala untuk setiap penumpang. KKKL Express juga menawarkan perjalanan balik dari Kuala Lumpur ke Butterworth pada harga yang sama.

Anda boleh menempah tiket bas dari Butterworth ke Kuala Lumpur serta perjalanan balik bagi laluan ini di laman web rasmi kami BusOnlineTicket.com atau melalui aplikasi mudah alih kami yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play. Tempahan online untuk tiket bas adalah senang dan memudahkan. Tempahan anda akan segera disahkan sebaik saja pembayaran berjaya dilakukan.

Tempah Sekarang