Taman Negara

Taman Negara
Taman Negara 2

Taman Negara adalah destinasi utama di Malaysia yang digemari dan tidak akan terlepas oleh pencinta alam. Taman Negara merupakan taman negara utama di Malaysia. Dahulu ia dikenali sebagai Taman Negara Raja George V. Kini, Taman Negara mempunyai beratus-ratus ribu jenis spesies tumbuhan dan haiwan. Pakar alam semula jadi menganggap bahawa Taman Negara sudah pun kira-kira 130 juta tahun dan merangkumi tiga negeri di Malaysia iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Taman Negara perlu dijaga kerana ia terdiri daripada tempat pemeliharaan pokok-pokok tertinggi di Asia Tenggara. Secara geografi, ia terletak pada lokasi yang stabil di mana lokasi tersebut telah melalui proses evolusi yang berterusan sejak dahulu. Tambahan lagi, selain terdiri daripada spesimen flora dan fauna yang luar biasa, Taman Negara juga merupakan tempat untuk penduduk pribumi suku kaum Orang Asli yang masih meneruskan gaya kehidupan yang sama seperti nenek moyang purba mereka dengan peradaban tersendiri. Jika anda merancang untuk melawat ke Taman Negara, pastikan anda tidak terlepas lawatan ke Canopy Walkway atau Gua Telinga yang menarik.

Panduan Pengangkutan

Apabila anda ingin melawat taman semula jadi indah yang dipelihara seperti Taman Negara, anda semestinya ingin menggunakan pengangkutan yang mudah, eksotik dan mesra alam. Ia bermakna, mengambil bas ke Taman Negara merupakan pilihan yang tepat.

Pengusaha bas yang disarankan adalah NKS yang menawarkan perkhidmatan dari KL ke Taman Negara. Bas itu akan memulakan perjalanan ke Jerantut selama 2.5 jam, kemudian penumpang dipindahkan dengan bas yang lebih kecil atau van untuk pergi ke Jeti Kuala Tembeling selama 1.5 jam. Seterusnya, anda perlu menaiki bot selama 3 jam perjalanan melalui Sungai Tembeling ke ibu pejabat taman tersebut di Taman Negara (Kuala Tahan).

kebanyakan pelancong juga akan memulakan perjalanan mereka dari KL ke Jerantut menggunakan keretapi. Kemudian, mereka mengambil bas ke Jeti Kuala Tembeling dari Stesen Bas Jerantut yang terletak lebih kurang 10 minit jarak berjalan kaki dari stesen keretapi itu.