City Holidays Express Bas dari Tampines, Singapura ke Melaka, Klang, KL dan Shah Alam

Bas WTS (City Holidays) Dari Tampines ke Melaka dan KL

WTS (City Holidays) menawarkan bas ekspres yang bertolak dari Tampines ke Melaka, Klang, KL dan Shah Alam

BusOnlineTicket.com teruja untuk berkongsi berita baik kepada mereka yang tinggal di kawasan timur Singapura. WTS telah bekerjasama dengan City Holidays Express untuk menyediakan perkhidmatan bas yang bertolak dari Tampines, Singapura ke pelbagai destinasi di Malaysia. Selain itu, tiket bas bagi laluan baru ini kini boleh ditempah secara online di BusOnlineTicket.com!

City Holidays Express, sebagai salah sebuah syarikat bas ekspres terkemuka di Malaysia telah meluaskan perkhidmatan mereka ke Singapura dengan menawarkan bas yang bertolak dari Singapura dengan kerjasama WTS Travel & Tour, salah satu pengusaha pengangkutan terkenal Singapura. Kerjasama yang kuat antara kedua-dua syarikat ini meyakinkan orang ramai tentang kualiti perkhidmatan yang mereka tawarkan.

Laluan popular yang disediakan oleh WTS (City Holidays) termasuk perkhidmatan bas yang bertolak dari Singapura, seperti berikut:

Sila maklum bahawa perkhidmatan bas dari Tampines ke Klang dan Shah Alam hanya bertolak pada setiap petang Jumaat. Untuk bas yang bertolak dari Tampines, WTS (City Holidays) menyediakan tempat yang mudah untuk menaiki bas iaitu di kawasan bas di Our Tampines Hub. Tampines Hub adalah hab komuniti dan gaya hidup bersepadu pertama Singapura yang terletak dalam jarak berjalan kaki dari MRT Downtown dan MRT East West di Tampines.

BusOnlineTicket.com adalah portal tempahan online untuk tiket bas yang memudahkan pembelian tiket bas WTS (City Holidays) di mana sahaja anda berada. Satu lagi kelebihan menempah tiket bas anda secara online dengan BusOnlineTicket.com adalah pengesahan tempahan yang akan kami hantar dengan segera kepada anda sebaik sahaja pembayaran dibuat. Anda juga boleh memperoleh BOT Miles untuk menebus kod diskaun melalui program kesetiaan kami.