Causeway Link Menyediakan Bas Antara Lapangan Terbang Senai dan Desaru Coast

Causeway Link Express Menawarkan Perkhidmatan Bas Terus Antara Senai Airport dan Desaru Coast

Nota: Perkhidmatan dan promosi ini tidak lagi ditawarkan oleh pengusaha bas tersebut

Dengan pembukaan Desaru Coast Adventure Waterpark, perkhidmatan bas yang terus antara Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan Desaru Coast kini disediakan bagi memenuhi keperluan pengangkutan awam untuk melawat tarikan baru ini di Johor.

Dengan adanya perkhidmatan bas ini, penumpang dapat berkunjung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan Desaru Coast dengan mudah.

Penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan oleh Causeway Link Express juga akan diberikan hadiah cenderahati. Sila rujuk jadual tambang di bawah:

Perjalanan Harga Tiket
Satu hala: Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ke Desaru Coast RM30
Satu hala: Desaru Coast ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai RM40
Pergi dan balik RM60

Nota: Hadiah cenderahati hanya boleh diambil di kaunter Causeway Link di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sahaja.

Taman tema air yang baru dibuka, Desaru Coast Adventure Waterpark, kini menjadi sebab utama yang menarik para pelancong untuk datang ke Pantai Desaru. Desaru Coast Adventure Waterpark adalah salah satu taman air terbesar di dunia yang mempunyai kolam berombak terbesar di Asia Tenggara, dengan berlatar belakangkan sebuah perkampungan nelayan di Malaysia. Terdapat sehingga 5 zon “splash-tacular” yang mempunyai campuran unik lebih daripada 20 permainan basah dan kering, gelongsor dan tarikan lain yang sesuai untuk seluruh keluarga.

Bercadang untuk menghabiskan masa yang menyeronokkan dan penuh bermakna bersama keluarga dan rakan-rakan anda di Desaru Coast Adventure Waterpark? Tempah perkhidmatan bas terus oleh Causeway Link antara Lapangan Terbang Senai dan Desaru Coast sekarang. Anda sangat disyorkan untuk menempah tiket bas anda secara online lebih awal di BusOnlineTicket.com supaya anda tidak perlu risau kerana tempat duduk anda telah ditempah, terutamanya semasa hujung minggu atau musim cuti.