Panduan Bas dari Melaka ke Butterworth
Jadual Bas dari Melaka ke Butterworth>>
Bas dari Melaka ke Butterworth adalah laluan berjarak jauh yang mendapat permintaan tinggi di Terminal Bas Melaka Sentral. Ramai pelancong dan masyarakat tempatan menggunakan perkhidmatan bas ini kerana tiada perkhidmatan keretapi dan penerbangan antara dua bandar tersebut. Oleh itu, perkhidmatan bas adalah pengangkutan utama untuk pergi ke Butterworth dari Melaka.
Pengusaha Bas yang Menyediakan Bas dari Melaka ke Butterworth
Transnasional, Kejora Express, Intercity Coach, City Holidays Express dan Cepat Express adalah antara pengusaha bas yang menyediakan bas dari Melaka ke Butterworth. Dengan 4 perlepasan individu setiap hari, Transnasional dan City Holidays menjadi bas yang dominan untuk laluan dari Melaka ke Butterworth. Secara keseluruhannya, terdapat 11-12 jadual perlepasan dari Melaka ke Butterworth setiap hari.
Bas pertama bertolak pada 7.45 am, manakala bas yang terakhir bertolak dari terminal pada 10.00 pm. Antara dua jadual masa tersebut, terdapat beberapa lagi jadual perlepasan dari Melaka ke Butterworth.
Tempoh, Harga Tiket, Perhentian dan Nota
Tempoh perjalanan bas dari Melaka ke Butterworth adalah 7 jam bergantung pada keadaan cuaca dan trafik. Semua pengusaha bas menggunakan bas VIP yang menyediakan tempat duduk luas dan ruang kaki yang besar. Ini adalah bagi memastikan penumpang selesa sepanjang perjalanan.
Oleh kerana laluan dari Melaka ke Butterworth merupakan perjalanan jarak jauh, sekurang-kurangnya satu perhentian disediakan untuk penumpang membeli makanan dan pergi ke tandas.
Harga tiket bas dari Melaka ke Butterworth adalah berpatutan bermula dari RM 45.00 hingga RM 55.00 bergantung pada pemilihan pengusaha bas. Tempat bertolak di Melaka adalah di Terminal Bas Melaka Sentral. Tempat bertolak di Butterworth terletak di Terminal Bas Penang Sentral.
Jika anda mempunyai akses internet, anda boleh menempah tiket bas online dari Melaka ke Butterworth dengan pengesahan segera di BusOnlineTicket.com. Hanya dengan beberapa langkah mudah, anda boleh menempah tiket online tanpa perlu pergi ke kaunter.