Bas dari Kuala Lumpur ke Kota Bahru
Jadual Bas dari KL ke Kota Bahru >>

Bas dari KL ke Kota Bharu, Kelantan adalah cara paling mudah dan ekonomi untuk ke negeri di Pantai Timur itu.

Bas vs Kereta Api

Kereta api lazimnya menawarkan perkhidmatan yang lebih selesa berbanding bas. Tetapi, reka bentuk bas yang semakin moden menambah baik kondisi dan kualiti bas ekspres. Bas kini mempunyai tempat duduk boleh ubah dan ruang kaki yang luas menjadikan bas ekspres sama selesa dengan kereta api.

Selain itu, bas dari KL ke Kota Bharu adalah lebih cepat berbanding kereta api. Hal ini kerana kereta api dari Kota Bharu perlu ke selatan untuk transit di Gemas.

Bas vs Kapal Terbang

Kapal terbang sudah pasti pilihan yang lebih cepat untuk ke Kota Bharu dari Kuala Lumpur. Hanya perlu 1 jam perjalanan dan anda akan sampai di Lapangan Terbang Kota Bharu (Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra). Berbanding dengan bas yang mengambil masa lebih kurang 7 jam untuk sampai.

Walau bagaimanapun, harga tiket kapal terbang ke Kota Bharu selalunya jauh lebih mahal dari harga tiket bas lebih-lebih lagi jika anda tidak menempah tiket kapal terbang lebih awal dan ingin berjalan pada hujung minggu.

Pengusaha Bas, Tempoh Perjalanan, Harga Tiket Bas dan Perhentian

Transnasional dan Ekspres Perdana adalah jenama bas popular yang berkhidmat bagi laluan bas dari KL ke Kota Bharu. Masyarakat tempatan gemar dengan jenama bas ini kerana mereka menawarkan perjalanan yang selesa, menepati waktu dan banyak pilihan waktu bertolak boleh dipilih. Satu lagi pengusaha bas dengan perkhidmatan berkualiti adalah Mahligai Express yang menyediakan perjalanan bas dari KL ke Kota Bharu setiap hari.

Harga tiket bas dari KL ke Kota Bharu adalah dalam RM44. Tempoh perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam, bergantung kepada keadaan trafik. Satu perhentian untuk ke bilik air dan pengurusan diri ada diperuntukkan.

Tempat bertolak bagi bas ke Kota Bharu di KL adalah di TBS (Terminal Bersepadu Selatan). TBS terletak di selatan pusat bandar. TBS bersambung dengan Stesen LRT Bandar Tasek Selatan di Laluan Ampang maka adalah mudah untuk sampai ke TBS.

Tempahan tiket online bagi bas dari KL ke Kota Bharu di BusOnlineTicket.com adalah mudah dan boleh dipercayai. Dengan menempah tiket di BusOnlineTicket.com, anda tidak perlu bersusah payah untuk ke terminal bas semata-mata untuk membeli tiket. Tambahan lagi, keadaan trafik di KL adalah sesak dan yuran tiket letak kereta juga mahal. Bagi mereka yang tidak mempunyai kad kredit, kami juga terima bayaran melalui perbankan internet.


Jadual Bas dari KL ke Kota Bahru