Bas dari KLIA/KLIA2 ke Sitiawan

Jadual Bas dari KLIA / KLIA2 ke Sitiawan>>

Bas dari KLIA ke Sitiawan atau bas dari KLIA2 ke Sitiawan adalah salah satu perkhidmatan bas yang amat dikehendaki di kedua-dua lapangan terbang KLIA and KLIA2. Ramai penduduk tempatan (dari kawasan Sitiawan dan Teluk Intan), serta pelancong asing (yang bercadang hendak pergi ke Pulau Pangkor), lebih suka untuk terus pergi melawat Sitiawan tanpa melalui bandar raya Kuala Lumpur selepas mendarat di lapangan terbang. Maka bas dari KLIA ke Sitiawan atau bas dari KLIA2 ke Sitiawan, yang disediakan oleh Starshuttle, menawarkan kemudahan kepada penduduk tempatan dari Sitiawan & Kawasan Teluk Intan, dan juga pelancong asing.

Pengendali Bas, Tempoh, Tambang dan Nota

Starshuttle adalah satu-satunya pengendali perkhidmatan bas dari KLIA/KLIA2 ke Sitiawan. Bas ini akan menurunkan penumpang apabila melalui Teluk Intan. Terdapat 7 jadual setiap hari untuk bas dari KLIA/KLIA2 ke Sitiawan. Selepas mendarat dan melepasi kastam, penumpang boleh terus ke kawasan bas KLIA dan KLIA2 untuk mendaftar masuk dan berlepas.

Tempoh perjalanan bagi bas dari KLIA ke Sitiawan atau bas dari KLIA2 ke Sitiawan ialah 4-5 jam bergantung pada keadaan lalu lintas. Bas akan membuat perjalanan secara terus dari KLIA kemudian ke KLIA2, sebelum menuju ke Teluk Intan, dan akhirnya menamatkan perjalanan di Sitiawan (Jalan Lumut).

Perkhidmatan terus dari KLIA/KLIA2 ke Sitiawan ini adalah mudah kerana penumpang boleh mengelakkan proses pertukaran bas ke Pudu Sentral dan masa menunggu di Pudu Sentral. Selain itu, dengan mengelakkan pergi ke bandar raya Kuala Lumpur, dapat menyelamatkan penumpang dari trafik sesak di Kuala Lumpur. Oleh demikian, sekalipun tambang bas (RM 48) bagi bas dari KLIA/KLIA2 ke Sitiawan adalah lebih tinggi daripada tambang bas KLIA/KLIA2 ke KL dan KL ke Sitiawan, ia tidak membuatkan penduduk tempatan dan pelancong asing berhenti dari mengambil bas tanpa henti dan mudah ini dari KLIA/KLIA2 ke Sitiawan.

Starshuttle telah mula menyediakan perkhidmatan bas pergi balik antara KLIA/KLIA2 and Sitiawan sejak 10 tahun lepas, mereka juga mempunyai pasukan yang kuat dan berpengalaman dalam operasi untuk memastikan perjalanan penumpang di antara KLIA/KLIA2 and Sitiawan bergerak lancar.

Disebabkan perjalanan harian yang terhad dan pengendali bas tunggal bagi perkhidmatan bas dari KLIA/KLIA2 ke Sitiawan, penumpang perlu menempah tiket mereka secara online lebih awal di BusOnlineTicket.com untuk mengelak masa menunggu yang lama di lapangan terbang. BusOnlineTicket.com menerima kad kredit luar negara, perbankan internet dan pilihan pembayaran Paypal untuk membuat tempahan secara online bagi memudahkan pelancong asing yang datang ke Sitiawan dan Lumut.


Jadual Bas dari KLIA2 ke Sitiawan