Bas dari Kuala Lumpur ke Jerteh

Jadual Bas dari KL ke Jerteh >>

Bas dari KL ke Jerteh adalah pengangkutan yang paling disarankan untuk masyarakat bagi perjalanan dari KL ke Jerteh Terengganu. Jerteh terletak 20 minit dari Kuala Besut, laluan masuk ke tempat pelancongan popular iaitu Pulau Perhentian. Penumpang yang tiba di Terminal Bas Jerteh boleh mengambil teksi untuk ke Jeti Kuala Besut yang menyediakan perkhidmatan feri ke Pulau Perhentian.

Pengusaha Bas dari KL ke Jerteh

Ekspres Perdana adalah pengusaha bas popular yang berkhidmat dari KL ke Jerteh. Ekspres Perdana menyediakan 7 kali perjalanan setiap hari dari KL ke Jerteh. Kebanyakan masyarakat menggunakan perkhidmatan ini untuk pulang ke kampung pada hujung minggu. Ekspres Perdana mempunyai reputasi dalam menepati masa dan menyediakan perjalanan selesa.

Ekspres Perdana ialah perkhidmatan bas yang menyediakan bas VIP dua tingkat. Bas ini dipasang dengan tempat duduk yang disusun 1 kerusi di sebelah kiri dan 2 kerusi di sebelah kanan. Tempat duduk yang luas ini memastikan penumpang selesa sepanjang perjalanan ke Jerteh.

Selain Ekspres Perdana, CTTS Holidays Sdn Bhd juga menyediakan perkhidmatan bas dari KL ke Jerteh.

Tempoh, Harga Tiket dan Perhentian

Harga tiket bas dari KL ke Jerteh ialah RM 44.00 – RM79.00. Tempoh diperlukan untuk bas dari KL ke Jerteh kira-kira 4 hingga 5 jam bergantung pada keadaan trafik. Satu kali perhentian ke tandas disediakan sepanjang perjalanan.

Tempat bertolak untuk bas ke Jerteh dari Kuala Lumpur ialah Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Terminal Bersepadu Selatan (TBS) adalah terminal bas utama di Kuala Lumpur selepas penutupan Pudu Sentral dan Terminal Bas Putra. Selain TBS, CTTS Holidays Sdn Bhd juga menawarkan tempat bertolak dari Taman Connaught dan Jalan Pudu Furama Hotel. Tempat ketibaan di Jerteh ialah Bas Terminal Jerteh. Penumpang yang tiba di Terminal Bas Jerteh boleh mengambil teksi ke Jeti Kuala Besut untuk menaiki feri ke Pulau Perhentian.

Ianya mudah dan cepat untuk menempah tiket bas anda dari KL ke Jerteh melalui BusOnlineTicket.com. Anda boleh membuat pembayaran secara mudah dan selamat di rumah anda atau pejabar melaluo pembayaran online.


Jadual Bas dari Kuala Lumpur ke Jerteh