Bas dari KL ke Bachok

Bas dari KL ke Bachok

Jadual Bas dari KL ke Bachok >>

Bas dari KL ke Bachok adalah laluan kebiasaan masyarakat tempatan untuk balik ke kampung. Perkhidmatan itu menghubungkan ibu negara Malaysia dengan perkampungan kecil di utara Kelantan. Perkhidmatan bas itu selalunya digunakan oleh orang tempatan untuk balik ke kampung mereka iaitu Bachok semasa hari cuti.

Pengusaha Bas dari KL ke Bachok

Ekspres Perdana dan Transnasional adalah dua bas yang berkhidmat dari KL ke Bachok. Pengusaha bas lain jarang menyediakan bas ke Bachok dari KL kerana permintaan yang rendah.

Setiap bas itu menyediakan satu kali perlepasan pada waktu pagi dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke Bachok. Kerana permintaan tinggi untuk perjalanan waktu petang, Ekspres Perdana menawarkan dua kali perlepasan dan Transnasional menawarkan satu kali perlepasan sahaja.

Bas yang berlepas pada waktu petang adalah bas semalaman. Penumpang boleh berehat sepanjang perjalanan di dalam bas. Awal pagi keesokan harinya, bas itu akan tiba di Bachok. Ramai penduduk tempatan memilih perjalanan ini kerana mereka mampu menjimatkan masa bersama keluarga dan kawan apabila mereka tiba di Bachok.

Tempoh, Harga Tiket Bas, Perhentian dan Nota

Harga tiket bas dari KL ke Bachok adalah dari RM 44.00, harga tiket bas yang sama untuk pergi dari KL ke Kota Bharu. Perjalanan bas dari KL ke Bachok mengambil kira- kira 8 jam bergantung pada keadaan trafik. Satu perhentian ke tandas disediakan untuk penumpang.

Sila ambil perhatian bahawa tempat ketibaan di Bachok untuk Transnasional dan Ekspres Perdana adalah berbeza. Ekspres Perdana menawarkan dua tempat ketibaan di Bachok. Penumpang boleh memilih sama ada di Teluk Mesira Bachok atau Tabong Haji Bachok. Bas Transnasional berhenti di Hentian Bachok.

Jika tiket bas sudah habis ditempah, penumpang boleh mengambil bas alternatif untuk ke Kota Bharu. Bachok adalah 30 minit jarak memandu dari Kota Bharu. Penumpang boleh mengambil bas tempatan dengan mudah untuk ke Bachok dari Kota Bharu.

BusOnlineTicket.com sentiasa menyediakan perkhidmatan cemerlang kepada penumpang sepanjang tahun. Oleh itu, laman kami dikenali sebagai laman tiket pengangkutan terkemuka di Malaysia.


Jadual Bas dari Kuala Lumpur ke Bachok

Ubah Carian
Tapis Carian
Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian