Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian

Jadual Bas dari Johor Bahru ke Lumut dan Tambang Bas

Pengusaha Bas Bas Pertama Bas Terakhir Bil. Perjalanan Tarikh Bertolak Tambang dari
Arwana Express 08:45 22:00 6 M T W T F S S  RM 70.00
Sin Yong Express 09:00 22:01 6 M T W T F S S  RM 75.00
Sri Maju Group 21:01 21:20 2 M T W T F S S  RM 70.00
Starmart Express 10:00 23:00 4 M T W T F S S  RM 75.00
Bas dari Johor Bahru ke Lumut
Tambang Paling MurahRM70.00
Jarak561 km
Anggaran Masa8 hr 26 min
Bil. Pengusaha Bas4 operators

Pengusaha Bas Popular dari Johor Bahru ke Lumut

  • Arwana Express (JB)
  • Sin Yong Express
  • Sri Maju Group
  • Starmart Express

Panduan Bas dari Johor Bahru ke Lumut

Bas dari Johor Bahru ke Lumut

Bas dari Johor Bahru ke Lumut adalah perkhidmatan bas utama di Johor terutama kepada mereka yang bekerja di Singapura dan Johor Bahru, serta perkampungan di Lumut, Sri Manjong, Sitiawan, Ayer Tawar, Kampong Koh dan Teluk Intan. Oleh kerana tiada perkhidmatan tren dan penerbangan dari Johor Bahru ke pekan-pekan di Perak, bas menjadi pengangkutan utama mereka untuk pulang ke kampung dari Johor Bahru.

Harga Tiket, Tempoh, Perhentian dan Nota

Harga tiket bas dari Johor Bahru ke Lumut, Sri Manjong, Sitiawan, Ayer Tawar, Kampong Koh dan Teluk Intan berharga dalam lingkungan RM 65.00 - 75.00, bergantung pada pilihan pengusaha bas. Semasa musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, harga tiket bas boleh naik sehingga RM 150.00.

Tempoh perjalanan bas dari Johor Bahru ke Lumut, Sri Manjong, Sitiawan, Ayer Tawar, Kampong Koh dan Teluk Intan kebiasaanya dalam 7 jam. Bas akan berhenti di Teluk Intan untuk turunkan penumpang, dan meneruskan perjalanan selama satu jam untuk ke Sitiawan dan Lumut.

Bas akan menurunkan penumpang di bandar-bandar bersebelahan seperti Kampong Koh, Sri Manjong dan Ayer Tawar sebelum berhenti di Lumut. Kebanyakan pengusaha bas menyediakan perhentian untuk ke tandas dan makan di medan selera Yong Peng semasa perjalanan.

Sila ambil perhatian bahawa bas dari Johor Bahru ke Lumut, Sri Manjong, Sitiawan, Ayer Tawar, Kampong Koh and Teluk Intan hanya terdapat pada waktu pagi sekitar 9:00 – 10:00 am dan malam sekitar pukul 9:00 – 10:00 pm. Tiada perjalanan pada waktu petang kerana sekatan operasi.

Terdapat beberapa tempat perlepasan di Johor Bahru ke Lumut, Sri Manjong, Sitiawan, Ayer Tawar, Kampong Koh dan Teluk Intan. Terminal Bas Johor Bahru Larkin adalah terminal bas terbesar di Johor sebagai tempat perlepasan utama. Selain itu, Terminal Bas Satelit Johor Jaya, Terminal Bas Satelit Tun Aminah dan Terminal Bas Satelit Gelang Patah adalah tiga tempat perlepasan di kawasan perumahan, di mana ia memudahkan penduduk di kawasan itu untuk menggunakan bas. Dengan beberapa pilihan tempat perlepasan, penumpang boleh memilih tempat perlepasan yang memudahkan mereka.

Starcoach Express, diuruskan oleh ejen Sin Yong, adalah pengusaha bas yang menyediakan perkhidmatan dari Johor Bahru dengan tempat perlepasan di 3 terminal bas satelit ke Lumut, Sri Manjong, Sitiawan, Ayer Tawar, Kampong Koh dan Teluk Intan. Selain itu, Arwana Ekspress diuruskan oleh ejen JB Transliner, adalah pengusaha bas yang menyediakan perkhidmatan bas dari Terminal Bas Johor Bahru ke Lumut, Sri Manjong, Sitiawan, Ayer Tawar, Kampong Koh dan Teluk Intan.

Kehidupan bandar yang sibuk telah mengehadkan penumpang untuk membeli tiket bas di kaunter. Bagaimanapun, dengan perkhidmatan yang mesra pengguna dan tempahan online yang terjamin di BusOnlineTicket.com, penumpang boleh menempah tiket online dengan pengesahan segera. BusOnlineTicket.com menerima kad kredit dan perbankan internet untuk pembayaran online untuk tiket bas dari Johor Bahru ke Lumut, Sri Manjong, Sitiawan, Ayer Tawar, Kampong Koh dan Teluk Intan.