Jadual Bas dari Cameron Highlands ke Pulau Pinang >>
Bas dari Cameron Highlands ke Pulau Pinang adalah salah satu laluan bas popular yang menghubungkan dua tarikan pelancong yang popular di Malaysia. Pelancong yang datang ke Malaysia biasanya akan melawat Kuala Lumpur, Melaka, Cameron Highlands, dan Pulau Pinang. Oleh itu, bas yang terus dari Cameron ke Pulau Pinang memberi kemudahan kepada pelawat untuk melawat Pulau Pinang selepas menikmati pemandangan semula jadi dan udara segar di Cameron Highlands.
Tempoh Perjalanan, Harga Tiket Bas, Perhentian dan Nota
Unititi Express dan CS Travel adalah pengusaha bas yang menyediakan perkhidmatan bas dari Cameron Highlands ke Pulau Pinang. Harga tiket bas untuk bas dari Cameron Highlands ke Pulau Pinang adalah RM 32.00 untuk setiap tiket. Namun, harga tiket bas mungkin berbeza sedikit mengikut musim.
Tempoh perjalanan yang diperlukan untuk bas dari Cameron Highlands ke Pulau Pinang adalah kira-kira 3 jam bergantung kepada keadaan trafik. Perhentian ke tandas akan diperuntukkan atas permintaan penumpang semasa perjalanan.
Kesemua bas ekspres berlepas dari Terminal Bas Tanah Rata. Unititi Express dan CS Travel juga mengambil penumpang dari pusat maklumat pelancongan masing-masing. Pusat maklumat pelancongan mereka terletak pada permulaan Jalan Utama Tanah Rata.
Unititi Express dan CS Travel akan menurunkan penumpang di Terminal Bas Sungai Nibong. Dari terminal, penumpang perlu mengambil perkhidmatan bas tempatan 401 atau teksi untuk pergi ke Georgetown. Perhentian bas dan teksi terletak di sebelah Terminal Bas Sungai Nibong.
Biasanya bas akan terus dari Cameron Highlands ke Pulau Pinang, tetapi kadang-kadang pemandu bas akan menurunkan penumpang di Ipoh sebelum menuju ke Pulau Pinang (Nota: Dari Cameron Highlands ke Pulau Pinang, bas akan tidak boleh tidak akan melalui Ipoh)
BusOnlineTicket.com adalah satu-satunya portal tiket yang menawarkan perkhidmatan tempahan tiket secara online untuk bas dari Cameron ke Pulau Pinang dengan pengesahan segera dan kebolehan memilih tempat duduk untuk kedua-dua pengusaha bas Untiti Express dan CS Travel. Kerana perjalanan harian yang terhad (pagi sekitar 8 pagi hingga 9 pagi dan malam sekitar 2.30 malam) dari Cameron Highlands ke Pulau Pinang, anda dinasihatkan untuk menempah tiket bas Cameron ke Pulau Pinang lebih awal di BusOnlineTicket.com untuk mengelakkan kekecewaan.