Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian

Jadual Bas dari Penang ke Kuala Lumpur dan Tambang Bas

Pengusaha Bas Bas Pertama Bas Terakhir Bil. Perjalanan Tarikh Bertolak Tambang dari
Alya Express 07:30 23:59 28 M T W T F S S  RM 35.00
Billion Stars 06:30 23:59 127 M T W T F S S  RM 32.00
Eltabina Jaya Sdn Bhd 18:30 18:30 0 M T W T F S S  RM 35.00
GJG TRAVEL & TOURS SDN BHD 00:30 23:59 107 M T W T F S S  RM 29.00
Golden Silk Holidays 09:40 21:10 3 M T W T F S S  RM 31.00
Intercity Coach 16:00 23:45 4 M T W T F S S  RM 42.00
Ivy MVS Express 23:45 23:45 2 M T W T F S S  RM 35.00
Jadam Express 09:00 21:30 2 M T W T F S S  RM 33.00
Jasmine Express 11:15 23:59 10 M T W T F S S  RM 33.00
Kejora Masyhur Sdn Bhd 20:59 23:58 6 M T W T F S S  RM 35.00
Kesatuan Express 10:50 10:50 0 M T W T F S S  RM 35.00
KKKL SDN BHD (Terus Nanti) 07:00 23:59 47 M T W T F S S  RM 36.00
KPB Express 08:00 23:58 85 M T W T F S S  RM 35.00
KTM Berhad (Train Service) 05:15 18:45 12 M T W T F S S  RM 57.00
LA Holidays 20:00 22:45 5 M T W T F S S  RM 38.00
Maraliner 01:30 23:59 20 M T W T F S S  RM 34.30
Mayang Sari Express 23:00 23:45 2 M T W T F S S  RM 35.00
Pancaran Matahari Express 11:45 23:59 14 M T W T F S S  RM 45.00
Plusliner 10:00 23:59 23 M T W T F S S  RM 39.90
Quick Liner Express 10:15 23:59 9 M T W T F S S  RM 35.00
Quickliner 13:00 23:59 7 M T W T F S S  RM 35.00
Rhinoariel Travel & Tours Sdn Bhd 09:00 09:00 1 M T W T F S S  RM 41.00
Starmart Express 09:00 20:30 4 M T W T F S S  RM 30.00
Suasana Holiday Express 12:45 23:59 6 M T W T F S S  RM 37.00
Supernice Grassland 07:30 23:30 48 M T W T F S S  RM 34.00
TRA EXPRESS 00:30 23:59 12 M T W T F S S  RM 35.00
Transnasional 09:00 12:00 2 M T W T F S S  RM 34.90
Bas dari Penang ke Kuala Lumpur
Tambang Paling MurahRM29.00
Jarak362 km
Anggaran Masa5 hrs 10 min
Bil. Pengusaha Bas27 operators

Tips Bas dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur

Bas dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur

Bas dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur merupakan salah satu laluan popular di Malaysia yang menghubungkan dua buah bandar raya yang kaya dengan pelancong. Berjuta-juta orang tempatan dan pelancong membuat perjalanan di antara kedua buah bandar raya ini setiap tahun. 

Pulau Pinang mempunyai tarikan seperti Kuil Kek Lok Si, lukisan dinding oleh artis Lithuania Ernest Zacharevic, Tapak Warisan Unesco, The Streets of Georgetown, Pantai Batu Ferringhi dan lain-lain. Manakala Kuala Lumpur, tarikan termasuk Menara Berkembar Petronas, Batu Caves, Chinatown, Little India di Brickfield dan lain-lain. Tarikan-tarikan tersebut merupakan pilihan teratas pelancong di Malaysia.

Mengapa mengambil perkhidmatan bas dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur?

Mengambil bas adalah mudah kerana salah satu tempat pelepasan di Pulau Pinang berada di Prangin Mall Komtar Georgetown. Kebanyakan hotel, makanan, dan tarikan terletak di Georgetown, maka tempat berlepas adalah terletak di lokasi yang mudah untuk penumpang mengambil bas dari Pulau Pinang ke KL. Dengan mengambil kapal terbang atau kereta api, tempat perlepasannya adalah kurang sesuai. Ini kerana lapangan terbang terletak lebih kurang 20 minit perjalanan dari Georgetown dan stesen kereta api terdekat di Pulau Pinang adalah di Butterworth, iaitu lebih kurang 20 minit perjalanan dari Georgetown.

Satu lagi kelebihan mengambil bas berbanding penerbangan adalah tempoh untuk mendaftar masuk adalah 30 minit sebelum berlepas untuk bas, manakala tempoh mendaftar masuk untuk penerbangan perlu 2 jam sebelum perlepasan. Walaupun menaiki kapal terbang adalah lebih cepat, banyak penumpang lebih menyukai perkhidmatan bas berbanding penerbangan kerana masa keseluruhan bagi bas dari Pulau Pinang ke KL adalah lebih cepat jika mengambil kira tempoh masa mendaftar masuk di Airport Pulau Pinang dan masa perjalanan dari KLIA 2 ke Bandar raya KL atau dari Lapangan Terbang Subang ke bandar raya KL.

Akhir sekali, mengambil bas adalah lebih mudah daripada mengambil penerbangan kerana bas dipenuhi dengan tempat duduk yang boleh disandarkan sepenuhnya dan juga persekitaran yang mempunyai penghawa dingin. Beberapa pengendali bas terkenal seperti KKKL Express, Billion Stars, GJG Express, Plusliner, KPB Express, Supernice Grassland dan Season Express menyediakan bas dari Pulau Pinang ke KL.

Tempoh, Tambang, Perhentian dan Nota

Tambang bas dari Pulau Pinang ke KL adalah di antara RM 35.00 to RM 40.00, kecuali musim perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Haji. Jika dibandingkan dengan harga penerbangan, harga bas adalah lebih ekonomi.

Tempoh bagi bas dariPulau Pinang ke KL biasanya mengambil masa lebih kurang 4 jam, bergantung pada keadaan lalu lintas.

Kebanyakan bas memberi perkhidmatan terus ke KL dengan menyediakan sekali waktu rehat tandas di sepanjang perjalanan.

Kebanyakan bas dari Komtar dan Prangin Mall akan melalui Terminal Bas Sungai Nibong untuk mengambil penumpang sebelum meneruskan perjalanan ke KL. Terminal Bas Sungai Nibong juga merupakan salah satu lokasi pengambilan penumpang di Pulau Penang. Tempat tarikan popular lain di Pulau Pinang adalah di Penang Sentral, Butterworth.

Hampir kesemua bas akan menurunkan penumpang di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Hentian Duta dan KL Sentral. Di samping itu, Plusliner juga menurunkan penumpang di Stesen Keretapi KTM Lama di Kuala Lumpur.

Kesimpulannya, mengambil bas dari Pulau Pinang ke KL adalah mudah, jimat dan selesa. Kini lebih mudah kerana sekarang penumpang dapat menempah tiket bas dari Pulau Pinang ke KL secara dalam talian di BusOnlineTicket.com dengan pengesahan segera. Di samping itu, ahli BusOnlineTicket.com dapat menikmati program kesetiaan terbaik di mana anda boleh menebus sehingga RM50 / SGD25 untuk tempahan akan datang. Jadi, mulakan tempahan dengan BusOnlineTicket.com hari ini!