Panduan Pembayaran Melalui PayPal

Langkah 1 – Pilihan Pembayaran

Setelah anda memilih tempat duduk anda, anda perlu memilih kaedah pembayaran. Sila pilih PayPal seperti dalam gambar dan klik “Teruskan Kepada Pembayaran“.

Langkah 2 – Pilih Jenis

Apabila anda sampai ke halaman PayPal, sila klik pautan “Bayar dengan kad kredit atau kad debit” seperti yang ditunjukkan dalam kotak merah.

*Nota : Jika anda mempunyai akaun PayPal, anda boleh memilih untuk log masuk melalui akaun PayPal anda untuk membuat pembayaran.

Langkah 3 – Masukkan Butiran

Masukkan butiran peribadi anda, butiran kad kredit dan klik “Bayar“.
Selesai! Anda akan menerima e-mel pengesahan dari kami dan anda sudah boleh bersedia untuk perjalanan anda.

Nota: Di PayPal, terdapat beberapa jenis kad kredit yang diterima, termasuk Visa, Mastercard, American Express dan UnionPay (China)