Ekspres Maju menyertai BusOnlineTicket.com

 

Ekpres Maju

Ekspres Maju tersenarai dalam laman web BusOnlineTicket.com memberi kemudahan bagi penumpang untuk menempah tiket bas mereka secara online. Ekspres Maju, dengan beribu pejabat di Johor Bahru, mempunyai pengaruh yang kukuh di selatan Malaysia dan Pantai Timur Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan bas komprehensif di antara kedua-dua bandar utama ini. Sebahagian laluan bas popular mereka ialah Johor Bahru ke Kuantan, Johor Bahru ke Mersing, Johor Bahru ke Kuala Terengganu dan Johor Bahru ke Kuala Lumpur.

Bas mereka lengkap dengan kerusi yang luas dan selesa (kusyen-kusyen kerusi yang tebal & kerusi boleh laras berserta rehat kaki), penghawa dingin, dan penyimpanan bagasi. Kerusi selesa dan luas telah menjadi faktor utama dalam menarik penumpang baru dan mengekalkan penumpang-penumpang sedia ada untuk perjalanan dengan Ekspres Maju, terutamanya bagi perjalanan-perjalanan jauh dari Johor Bahru ke Kuala Terengganu.

Tempat perlepasan Ekspres Maju di Johor Bahru adalah di tempat yang sesuai iaitu Terminal Bas Larkin; terminal bas terbesar di Johor Bahru. Terminal Bas Larkin bukan sahaja untuk ketibaan dan perlepasan bas ekspres perjalanan jauh, tetapi juga untuk ketibaan dan perlepasan bas bandar tempatan dan teksi. Pusat-pusat pengangkutan di Johor Bahru ini juga menarik beberapa penumpang dari Singapura yang ingin menjimatkan tambang bas dengan membeli tiket dalam Ringgit Malaysia. Maka, portfolio penumpang Ekspres Maju bukan hanya terdiri daripada penduduk-penduduk tempatan. Biasanya penumpang dari Singapura gemar mengambil perkhidmatan Ekspres Maju ke Mersing, Kuala Terenggnu dan Kuantan untuk melawat tempat-tempat pelancongan yang terkenal:

  • Pulau Tioman (Mersing)
  • Lombong Sungai Lembing (Kuantan)
  • Taman Esplanade (Kuantan)
  • Bukit Puteri (Kuala Terengganu)
  • Pulau Perhentian (Kuala Terengganu) dan Pulau Redang

Tempah tiket bas Ekspres Maju melalui BusOnlineTicket.com untuk mendapatkan tempat duduk anda sekarang!