Bas Ekspres Konsortium Telah Menyertai BusOnlineTicket.com

 

 

BusOnlineTicket.com mengalu-alukan Bas Ekspres Konsortium, salah satu pengendali bas ekspres yang terkenal di Malaysia yang berpusat di Kamunting Taiping menyertai kami. Konsortium mempunyai kekuatan perkhidmatan yang kukuh di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Singapura, Pulau Pinang, Butterworth dan lain-lain. Perlepasan harian yang kerap dan tepat pada masa di antara bandar dan kota utama di Semenanjung Malaysia, boleh didapati untuk tempahan dalam talian di BusOnlineTicket.com.

Bas Ekspres Konsortium memberikan perkhidmatan bas di pelbagai laluan Malaysia. Hanya namakan saja beberapa jalan popular yang diservis oleh Konsortium seperti Kuala Lumpur ke Johor Bahru, Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Kuala Lumpur ke Kamunting, Kamunting ke Pulau Pinang, Kamunting ke Butterworth dan lain-lain. Liputan jalan yang baik oleh perkhidmatan bas telah mendorong jenama Konsortium dikenali hampir diseluruh rantau Semenanjung Malaysia.

Selain penjenamaan Bas Ekspres Konsortium, mereka menawarkan tempat duduk paling luas dan paling selesa dalam pasaran, yang anda boleh lihat dari gambar di bawah. Ruang kaki yang mencukupi dan kusyen kerusi lembut tapi tebal memastikan penumpang mempunyai perjalanan yang selesa ke destinasi mereka. Banyak penumpang berpuas hati dan memberi tanda bagus melalui ibu jari mereka kepada Konsortium kerana khidmat baik dan pelepasan tepat masa yang konsisten sepanjang sedekad lalu. Maka, Konsortium menjadi salah satu pilihan bas ekspres yang disukai oleh pengguna tempatan.

Tempat duduk Super VIP
Konsortium express bus seat