Jom ke Koh Lipe dari Langkawi dengan Telaga Terminal

Telaga Terminal feri dari Langkawi ke Koh Lipe

Feri dari Langkawi ke Koh Lipe and dari Koh Lipe ke Langkawi

Anda sedang merancang percutian ke pantai? Jadikan percutian anda lebih menarik dengan ke Koh Lipe dari Langkawi! Telaga Terminal menawarkan tempahan tiket feri secara online dari Langkawi ke Koh Lipe di BusOnlineTicket.com. Selain itu, mereka juga menyediakan feri dari Koh Lipe ke Langkawi.

Telaga Terminal adalah sebuah syarikat feri yang mempunyai reputasi yang baik. Mereka mula beroperasi sejak 2005 dan mereka sangat berpengalaman dalam industri ini. Maka, banyak penduduk tempatan dan pelancong menggunakan perkhidmatan mereka untuk ke Koh Lipe dan Langkawi.

Langkawi dan Koh Lipe dikenali kerana pantainya yang cantik dan pemandangannya yang indah. Di Langkawi, anda boleh melawat ke pantai Cenang yang sangat terkenal di Malaysia. Puas bercuti di Langkawi, anda boleh mengambil feri ke Koh Lipe di Terminal Telaga Harbour.

Koh Lipe tidak mempunyai jeti atau pelabuhan. Apabila anda hampir sampai ke Koh Lipe, anda perlu berpindah ke bot yang lebih kecil kemudian dihantar ke pantai di Koh Lipe. Tambang bagi perkhidmatan bot ini termasuk dalam harga tiket feri Telaga Terminal.

Langkawi adalah pelabuhan terdekat untuk ke Koh Lipe. Masa yang diambil dari Langkawi ke Koh Lipe lebih kurang satu setengah jam.

Tiket feri Telaga Terminal boleh ditempah secara online di lawan web kami. Tempah tiket feri dari Langkawi ke Koh Lipe di BusOnlineTicket.com dan terima pengesahan tempahan dihantar ke emel anda dalam tempoh 24 jam hari ini!