Bagaimana untuk menempah di SingPost?

Langkah 1 – Proses Tempahan

Seperti biasa, teliti proses tempahan seperti yang diterangkan di dalam halaman Cara Membuat Tempahan.

Langkah 2 – Pilihan Pembayaran

Setelah anda memilih tempat duduk, anda dikehendaki untuk memilih jenis pembayaran anda. Sila pilih SingPost seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.

Langkah 3 – Cetakan Baucar

Cetak Baucar Pembayaran
Selepas anda memilih pilihan bayaran SingPost dan klik butang “Teruskan Untuk Pembayaran”, baucar akan dijana seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Sila cetak baucar bersama dengan kod bar.

Nota:
– Anda perlu mencetak baucar pembayaran jika anda membayar di cawangan- cawangan SingPost. Bagi bayaran di Mesin SAM anda perlu mengingati nombor rujukan tempahan.
– Anda perlu membuat bayaran dalam masa 24 jam. Tempat duduk disimpan untuk 24 jam sahaja.

Langkah 4 – Pembayaran

Pembayaran di mana-mana Kedai SingPost atau Mesin SAM
Sebaik sahaja anda mencetak baucar pembayaran, anda boleh pergi ke mana-mana kedai SingPost atau Mesin SAM untuk membayar pembelian tiket bas anda di BusOnlineTicket.com

a) Bagi Pembayaran di SingPost
Hanya bawa baucar pembelian dan pergi ke mana-mana kedai SingPost untuk membuat pembayaran (Tunai / NETS diterima). Resit SingPost akan diberikan dan e-mel pengesahan akan dihantar kepada alamat e-mel anda.

b) Bagi Pembayaran di Mesin SAM
Hanya bawa baucar pembayaran (atau nombor rujukan) ke mana-mana Mesin SAM diserata pulau, Pilih “Bayar Bil” -> “Perjalanan” -> “BusOnline” dan masukkan nombor rujukan tempahan anda untuk membuat pembayaran (NETS diterima). Resit SingPost akan dijana dan e-mel pengesahan akan dihantar kepada alamat e-mel anda.

*Nota: Anda boleh mengetahui semua cawangan SingPost di sini.