Singapore

Singapura
Singapura (2)

Singapura adalah satu-satunya negara dunia pertama di Asia Tenggara. Singapura ditubuhkan pada tahun 1819 oleh Raffles dan kini mempunyai 5 juta penduduk. Singapura merupakan salah satu kawasan yang paling padat dengan penduduk di dunia. Singapura mencatatkan prestasi baik dalam ranking antarabangsa dalam penjagaan kesihatan, pendidikan, ketelusan kerajaan, dan daya saing ekonomi. Selain pencapaian, Singapura mengekalkan latar belakang dan kebudayaan mereka dengan baik. Makanan, perayaan dan budaya Cina, Melayu dan India disatukan dengan baik di dalam masyarakat. Chinatown dan Little India adalah dua tarikan yang sangat dipengaruhi oleh kaum berbangsa China dan India, yang memberikan lebih banyak kepelbagaian etnik di pulau ini.Singapura adalah dibahagikan di bawah lima kawasan. Setiap kawasan mempunyai makna dan tujuan tertentu. Orchard Central merupakan sebuah kawasan untuk membeli-belah yang terdapat pelbagai pusat membeli-belah dan kawasan tepi sungai selatan pula merupakan daerah kewangan di Singapura. Pulau Tuas utara barat dan Pulau Jurong barat adalah kawasan perkilangan industri di Singapura yang mengeluarkan minyak dan gas, bahan kimia petrol, produk farmaseutikal dan produk elektronik. Di kawasan pertengahan Singapura adalah kawasan untuk takungan dan hutan semula jadi. Akhirnya, beberapa kejiranan telah dibina untuk keseimbangan tanah di Singapura.

Tarikan-tarikan

Bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi di Singapura walaupun bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Oleh itu, pelawat tidak perlu bimbang untuk berjalan-jalan di bandar yang sibuk ini. Beberapa tarikan di Singapura adalah pusat membeli-belah di Orchard, Zoo Singapura dan “Night Safari”. Terdapat juga dua resort yang disatukan di Sentosa dan Marina Bay, iaitu Gardens by the Bay dan Universal Studios Singapore di Sentosa. Teater Esplanade adalah bangunan ikon yang lain di Singapura seperti Opera House di Sydney. Teater ini adalah tempat untuk Orchestra Symphony Singapura dan sering dikunjungi oleh “band-band” tempatan dan artis-artis antarabangsa.

Dengan penambahan nilai mata wang Singapura dan fenomena inflasi baru-baru ini di Asia, bajet perjalanan untuk ke Singapura adalah lebih tinggi dari sebelumnya. Walau bagaimanapun, ini tidak menghalang pengunjung untuk melawat Singapura kerana ingin membeli-belah jenama mewah, makanan tempatan yang berkualiti seperti seperti ketam cili, tempat untuk dikunjungi yang mempunyai standard tinggi dan menarik, serta pelbagai pilihan hotel dari hotel Mewah ke Backpacker.

Panduan Pengangkutan

Perjalanan di Singapura adalah sangat mudah dan senang kerana hampir kesemua tempat tarikan di Singapura dihubungi dengan keretapi dan bas. Kekerapan keretapi adalah kira-kira 5 minit pada waktu biasa dan 2 minit pada waktu kemuncak. Kekerapan bas turut dinaiktaraf dan sistem IRIS dari SBS membolehkan penumpang untuk melihat anggaran waktu ketibaan bas seterusnya di perhentian anda. Ramai pengunjuk yang mengambil peluang ini untuk melawat negara jiran Singapura iaitu Malaysia. Terdapat beberapa bas yang menawarkan perkhidmatan ke Malaysia seperti KKKL Express, Transtar Express, Delima Express dan Golden Coach Express. Penumpang boleh pergi ke Beach Roach untuk menaiki bas. Tempahan tiket bas online lebih awal semasa musim percutian dan hujung minggu adalah digalakkan bagi mengelak kekecewaan.