Miri

Miri
Miri 2
Pada masa ini, Miri terdiri daripada 270,000 jumlah penduduk dan semakin berkembang. Miri adalah bandar kedua terbesar di Sarawak selepas Kuching. Ia juga dianggap sebagai salah satu pusat perindustrian yang paling penting di Sarawak oleh kerana perindustrian minyaknya yang berkembang pesat dan telah ditubuhkan lebih dari satu abad lalu. Kebanyakan pelancong dunia tertarik untuk ke Miri kerana terdapat pelbagai taman negara yang dipelihara dan kehidupan liar yang menakjubkan untuk ditemui di dalam dan sekitar bandaraya. Ini termasuk Taman Negara Mulu, Gua Niah, dan Taman Negara Lambir Hills.Miri mempunyai pelbagai pengembaraan untuk diterokai oleh para pengunjung. Pelancong yang gemar mengamalkan aktiviti keagamaan tidak akan terlepas lawatan ke Kuil Tua Pek Kong yang terletak di kawasan lama di perkampungan itu. Di sebelah kuil ini, terdapat ikan tempatan yang enak dan anda akan dapat merasai pengalaman berada di pasar yang menghasilkan makanan jalanan yang terbaik di Malaysia. Di Miri, anda juga dapat mengunjungi pelbagai restoran makanan laut terkenal yang terbaik di Malaysia. Untuk pencinta alam, inilah peluang untuk anda meneroka perairan asli Malaysia di mana anda boleh melihat terumbu karang yang cantik dan indah yang berada di pesisir pantai itu.

Bas ke Miri

Jika anda merancang perjalanan anda untuk ke Miri berserta dengan mana-mana bandar besar di Malaysia yang berdekatan, jadi anda pasti ingin membuat pilihan pengangkutan tepat untuk perjalanan bas ke Miri . Miri dihubungkan dengan kawasan-kawasan utama, termasuk ibu kota Brunei sendiri. Ianya mudah untuk ke Miri melalui jalan raya. Bas untuk laluan ini banyak dan kerap. Perjalanan bas di Miri juga merupakan pengangkutan yang murah serta mudah. Oleh itu, ia adalah cara terbaik untuk anda menjimatkan masa dan wang. Tambahan lagi, perjalanan bas ini adalah bas yang mesra alam! Rancanglah percutian anda untuk ke Miri dengan perjalanan bas ke Miri hari ini.