Panduan Pembayaran DBS PayLah


Panduan ini bertujuan untuk menunjukkan anda langkah untuk membayar tiket bas anda apabila membeli menggunakan DBS PayLah Mobile App. Sebelum anda teruskan, sila pastikan bahawa:
– anda telah memuat turun Aplikasi DBS PayLah Mobile dari Google Play Store atau Apple App Store
– anda mempunyai dana yang mencukupi dalam dompet DBS Paylah anda

Untuk maklumat lanjut mengenai dompet DBS PayLah, sila rujuk pautan ini.


Langkah 1 – Proses Tempahan

Seperti biasa, teliti proses tempahan seperti yang diterangkan di dalam halaman Cara Membuat Tempahan.

Langkah 2 – Masukkan Butiran

Setelah anda memilih tempat duduk, anda dikehendaki memasukkan butir-butir peribadi anda. Sila masukkan 8 digit nombor telefon bimbit DBS PayLah yang didaftarkan ke dalam ruangan nombor telefon seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.

Langkah 3 – Pilihan Pembayaran

Setelah anda memasukkan butiran anda, anda dikehendaki untuk memilih jenis pembayaran anda. Sila pilih DBS PayLah. Sebaik sahaja anda klik butang “Teruskan Untuk Pembayaran“, satu kotak kecil akan keluar. Biarkan halaman ini terbuka dan teruskan menyemak telefon bimbit anda.

Sila maklum bahawa anda mempunyai 10 minit untuk melengkapkan pembayaran anda.

Langkah 4 – Penerimaan Pembayaran

Teliti langkah-langkah di dalam Aplikasi DBS PayLah! Untuk melengkapkan pembayaran anda.

Langkah 1 PembayaranAplikasi DBS PayLah :
Perhatikan transaksi yang belum selesai di dalam Aplikasi DBS PayLah anda. Pilih pembayaran “BusOnlineTicket” yang belum selesai.

Pembayaran Aplikasi DBS PayLahLangkah 2 :
Sebaik sahaja memilih, sahkan jumlah adalah betul sebelum meneruskan pembayaran.

Langkah 5 : Pembayaran Lengkap

Seperti yang ditunjukkan di dalam gambar, BusOnlineTicket.com akan mempamerkan status sah tempahan anda dalam 15 saat selepas pembayaran anda melalui Aplikasi DBS PayLah. E-mel pengesahan tempahan akan dihantar ke alamat e-mel anda. Selesai! Anda kini bersedia untuk perjalanan!