Bas dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur

Bas dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur

Jadual Bas dari Pulau Pinang ke KL >>

Bas dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur merupakan salah satu laluan popular di Malaysia yang menghubungkan dua buah bandar raya yang kaya dengan pelancong. Berjuta-juta orang tempatan dan pelancong membuat perjalanan di antara kedua buah bandar raya ini setiap tahun. Pulau Pinang mempunyai tarikan seperti Kuil Kek Lok Si, lukisan dinding oleh artis Lithuania Ernest Zacharevic, Tapak Warisan Unesco, The Streets of Georgetown, Pantai Batu Ferringhi dan lain-lain. Manakala Kuala Lumpur, tarikan termasuk Menara Berkembar Petronas, Batu Caves, Chinatown, Little India di Brickfield dan lain-lain. Tarikan-tarikan tersebut merupakan pilihan teratas pelancong di Malaysia.

Mengapa mengambil perkhidmatan bas dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur?

Mengambil bas adalah mudah kerana salah satu tempat pelepasan di Pulau Pinang berada di Prangin Mall Komtar Georgetown. Kebanyakan hotel, makanan, dan tarikan terletak di Georgetown, maka tempat berlepas adalah terletak di lokasi yang mudah untuk penumpang mengambil bas dari Pulau Pinang ke KL. Dengan mengambil kapal terbang atau kereta api, tempat perlepasannya adalah kurang sesuai. Ini kerana lapangan terbang terletak lebih kurang 20 minit perjalanan dari Georgetown dan stesen kereta api terdekat di Pulau Pinang adalah di Butterworth, iaitu lebih kurang 20 minit perjalanan dari Georgetown.

Satu lagi kelebihan mengambil bas berbanding penerbangan adalah tempoh untuk mendaftar masuk adalah 30 minit sebelum berlepas untuk bas, manakala tempoh mendaftar masuk untuk penerbangan perlu 2 jam sebelum perlepasan. Walaupun menaiki kapal terbang adalah lebih cepat, banyak penumpang lebih menyukai perkhidmatan bas berbanding penerbangan kerana masa keseluruhan bagi bas dari Pulau Pinang ke KL adalah lebih cepat jika mengambil kira tempoh masa mendaftar masuk di Airport Pulau Pinang dan masa perjalanan dari KLIA 2 ke Bandar raya KL atau dari Lapangan Terbang Subang ke bandar raya KL.

Akhir sekali, mengambil bas adalah lebih mudah daripada mengambil penerbangan kerana bas dipenuhi dengan tempat duduk yang boleh disandarkan sepenuhnya dan juga persekitaran yang mempunyai penghawa dingin. Beberapa pengendali bas terkenal seperti Konsortium, Plusliner, Alisan Golden Coach, dan Ekspres Season menyediakan bas dari Pulau Pinang ke KL.

Tempoh, Tambang, Perhentian dan Nota

Tambang bas dari Pulau Pinang ke KL adalah di antara RM 35 to RM 40, kecuali musim perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Haji. Jika dibandingkan dengan harga penerbangan, harga bas adalah lebih ekonomi.

Tempoh bagi bas dariPulau Pinang ke KL biasanya mengambil masa lebih kurang 4 jam, bergantung pada keadaan lalu lintas.

Kebanyakan bas memberi perkhidmatan terus ke KL dengan menyediakan sekali waktu rehat tandas di sepanjang perjalanan.

Sila maklum bahawa ke semua bas dari Komtar akan melalui terminal bas Sungai Nibong untuk mengambil penumpang sebelum meneruskan perjalanan ke KL. Terminal bas Sungai Nibong adalah salah satu tempat perlepasan di Pulau Pinang. Kebanyakan bas akan menurunkan penumpang di terminal bas Duta dan terminal bas Pudu Sentral. Kecuali Ekspress Seasons yang menyediakan perkhidmatan dari Pulau Pinang ke Pusat membeli –belah One Utama KL.

Kesimpulannya, mengambil bas dari Pulau Pinang ke KL adalah mudah, ekonomi dan selesa. Ia bertambah mudah kerana sekarang penumpang dapat menempah tiket bas dari Pulau Pinang ke KL secara dalam talian di BusOnlineTicket.com dengan pengesahan segera. Jangan ragu-ragu dan tempahlah tiket perjalanan dari Pulau Pinang ke KL dalam talian untuk mengelakkan kekecewaan untuk perjalanan Pulau Pinang ke KL anda untuk masa akan datang.


Jadual Bas dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur

Ubah Carian
Tapis Carian
Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian


Perjalanan Popular dari Penang