Bas dari Pulau Pinang ke Johor Bahru

Bas dari Pulau Pinang ke Johor Bahru

Jadual Bas dari Pulau Pinang ke Johor Bahru >>

Bas dari Pulau Pinang ke Johor Bahru dahulunya merupakan perkhidmatan bas yang paling dikehendaki. Ini kerana bas dari Pulau Pinang ke Johor Bahru adalah murah, jadual perjalanan yang kerap dan mudah. Konsortium, Ekspres Season, dan Ekspres Billion Star aadalah beberapa pengendali bas yang menyediakan perkihidmatan bas yang selasa dari Pulau Pinang ke Johor Bahru.

Mengapa ambil perkhidmatan bas dari Pulau Pinang ke Johor Bahru?

Perkhidmatan untuk bas dari Pulau Pinang ke Johor Bahru masih utuh di dalam pasaran walaupun selepas pelancaran penerbangan tambang murah Air Asia dari Pulau Pinang ke Johor Bahru.

Salah satu sebab mengapa bas dari Pulau Pinang ke Johor Bahru menjadi pilihan adalah kerana bas akan menamatkan perjalanan di Terminal Bas Larkin di Johor Bahru, yang berada di pusat bandar Johor Bahru. Jika dibandingkan dengan menaiki kapal terbang dari Pulau Pinang ke Johor Bahru, perjalanan akan tamat di LapanganTerbang Senai Johor iaitu lebih kurang 30 minit perjalanan dari pusat bandar Johor Bahru. Maka, adalah lebih mudah bagi penumpang mengambil bas dari Pulau Pinang ke Johor Bahru yang akan menamatkan perjalanan di Terminal Bas Larkin di pusat bandar Johor Bahru.

Selain itu, tiket penerbangan tambang murah dan komersial adalah 2 kali ganda atau kadangkala boleh mencecah 3 kali ganda dari harga tiket bas. Jika anda berjaya menempah tiket penerbangan tambang murah ketika tempoh promosi terhad, anda mungkin mendapat harga tiket penerbangan yang sama dengan harga tiket bas. Jadi, harga tiket bas yang jauh lebih murah merupakan salah satu daya tarikan.

Tambahan lagi, penumpang boleh menjimatkan masa yang berharga dengan mengambil bas dari Pulau Pinang ke Johor Bahru pada waktu malam. Setelah tidur semalaman, penumpang akan tiba di Johor Bahru pada awal pagi. Dengan mengambil perjalanan pada waktu malam, ia membuatkan 10 jam perjalanan kelihatan lebih pendek

Tempoh, Tambang, Perhentian dan Nota

Tambang bas dari Pulau Pinang ke Johor Bahru berharga lebih kurang RM 65, kecuali semasa musim perayaan seperti Tahun Baru Cina dan Hari Raya Haji. Dengan membandingkan tambang tiket penerbangan dan tambang bas, tambang bas adalah jauh lebih murah.

Tempoh perjalanan bagi bas dari Pulau Pinang ke Johor Bahru biasanya mengambil masa lebih kurang 10 hingga 12 jam, bergantung pada keadaan lalu lintas. Biasanya perjalanan bas dari Pulau Pinang ke Johor Bahru pada waktu siang memerlukan masa lebih panjang disebabkan trafik yang lebih sibuk sepanjang perjalanan.

Kebanyakan bas menyediakan sekurang-kurangnya sekali untuk waktu rehat tandas sepanjang perjalanan. Jika waktu rehat tandas tambahan diperlukan, penumpang boleh memaklumkan kepada pemandu bas.

Sila maklum bahawa semua bas yang berlepas dari Prangin Mall Komtar akan singgah ke terminal bas Sungai Nibong untuk mengambil penumpang lain sebelum meneruskan perjalananke Johor Bahru. Selain itu, bas juga akan menurunkan penumpang di Pudu Sentral Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke Johor Bahru.

Menempah tiket bas Pulau Pinang ke Johor Bahru melalui BusOnlineTicket.com adalah mudah, ringkas dan selamat. Pilihan pembayaran seperti Paypal, Visa dan kad kredit Master, serta perbankan internet melalui CIMB One Click, Maybank2u, Hong Leong Connect, RHB Now disediakan untuk semua peringkat pelanggan mengikut jenis pilihan pembayaran apabila menempah tiket bas Pulau Pinang ke Johor Bahru.


Jadual Bas dari Pulau Pinang ke Johor Bahru

Ubah Carian
Tapis Carian
Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian


Perjalanan Popular dari Penang