Bas dari Pulau Pinang ke Alor Setar

Bas dari Pulau Pinang ke Alor Setar

Jadual Bas dari Pulau Pinang ke Alor Setar >>

Bas dari Pulau Pinang ke Alor Setar adalah pilihan termudah untuk perjalanan dari Pulau Pinang ke Alor Setar. Tiada perkhidmatan kereta api di Pulau Pinang, penumpang perlu pergi ke Butterworth untuk menaiki kereta api sebelum meneruskan perjalanan ke Alor Setar. Maka, menaiki bas dari Pulau Pinang ke Alor Setar adalah lebih mudah.

Tempoh, Harga, Perhentian dan Nota

Harga tiket bas dari Pulau Pinang ke Alor Setar berharga mampu milik iaitu RM12.90, yang ditawarkan oleh Plusliner, pengendali bas yang terbesar dan kukuh di Malaysia. Mereka beroperasi setiap hari dengan jadual pada pukul 8.30 pagi, 1.30 petang dan 6.30 petang dari Pulau Pinang ke Alor Setar.

Tempoh perjalanan bas dari Pulau Pinang ke Alor Setar mengambil masa di antara 1.5 ke 2 jam bergantung kepada keadaan trafik semasa, terutamanya trafik di Jambatan Pulau Pinang. Perjalanan adalah tanpa henti dari Pulau Pinang ke Alor Setar. Waktu rehat tandas adalah bergantung kepada permintaan.

Sila maklum bahawa bas Plusliner berlepas dari Terminal Bas Sungai Nibong Pulau Pinang. Tiada lagi perlepasan di Komtar Prangin Mall disebabkan badan kerajaan telah memindahkan semua pelepasan bas ke Terminal bas Sungai Nibong. Terminal bas Sungai Nibong mengambil masa 15 minit ke 20 minit perjalanan dari Georgetown. Penumpang yang tidak mempunyai kereta boleh mengambil bas 401 ke Terminal Sungai Nibong dari stesen bas bandar raya di Prangin Mall, Komtar, Georgetown.

Disebabkan jadual bas harian adalah terhad dari Pulau Pinang ke Alor Setar, dan hanya disediakan oleh Plusliner, penumpang dinasihatkan untuk menempah tiket bas dalam talian menggunakan BusOnlineTicket.com untuk mengelakkan kekecewaaan. Laman web BusOnlineTicket.com adalah mudah bagi menempah dalam talian bagi laluan dari Pulau Pinang ke Alor Setar dan menyediakan pengesahan yang segera. Penumpang hanya perlu mencetak baucar pengesahan eletronik dan mendaftar masuk di kaunter bas untuk pertukaran kepada tiket.


Jadual Bas dari Pulau Pinang ke Alor Setar

Ubah Carian
Tapis Carian
Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian


Perjalanan Popular dari Penang