Bas dari KL ke Teluk Intan

Bas dari KL ke Teluk Intan
Jadual Bas dari KL ke Teluk Intan >>

Bas dari KL ke Teluk Intan adalah antara laluan bas paling kerap di TBS (Terminal Bersepadu Selatan) kerana terdapat banyak permintaan bagi perkhidmatan bas ini. Antara sebab permintaan yang tinggi bagi laluan bas dari KL ke Teluk Intan adalah kerana kekurangan pilihan pengangkutan awam seperti kereta api.

Pengusaha Bas, Tempoh Perjalanan, Harga Tiket Bas ke Teluk Intan dan Nota

Bas Transnasional dan Maju Ekspres adalah antara dua syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan bas dari KL ke Teluk Intan. Jadual perjalanan bas Transnasional ke Teluk Intan adalah setiap satu jam bermula dari 8 pagi hingga 10.30 malam. Maju Ekspres menawarkan perkhidmatan yang sedikit berlainan kerana mereka mempunyai bas VIP yang luas dengan tempat duduk disusun sebaris bertiga.

Tempoh perjalanan bas ke Teluk Intan mengambil dalam 3 jam, bergantung kepada keadaan trafik. Perkhidmatan bas ini adalah tanpa henti hingga ke destinasi. Jika anda perlu ke tandas, beritahu kepada pemandu dan bas akan berhenti atas permintaan. Harga tiket bas dari KL ke Teluk Intan adalah dalam RM16-RM18.

Setelah Stesen Bas Pudu Raya ditutup, semua bas bertolak dari Terminal TBS (Terminal Bersepadu Selatan). Tempat ketibaan di Teluk Intan adalah di Stesen Bas Bersatu, stesen bas Teluk Intan yang terletak di bandar baru Teluk Intan.

Tempah tiket bas online di BusOnlineTicket.com adalah lebih mudah berbanding beli tiket di kaunter TBS. BusOnlineTicket.com mempunyai pilihan pembayaran online yang selamat termasuk kad kredit dan perbankan internet.


Jadual Bas dari KL ke Teluk Intan

Ubah Carian
Tapis Carian
Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian


Perjalanan Popular dari Kuala Lumpur