Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian

Jadual Bas dari Kuala Lumpur ke Muar dan Tambang Bas

Pengusaha Bas Bas Pertama Bas Terakhir Bil. Perjalanan Tarikh Bertolak Tambang dari
City Express 08:30 18:30 3 M T W T F S S  RM 17.60
Mayang Sari Express 09:00 22:00 15 M T W T F S S  RM 17.60
Super Nice Grassland 10:15 23:45 4 M T W T F S S  RM 18.00
Top Liner 09:00 16:15 3 M T W T F S S  RM 18.00
Bas dari Kuala Lumpur ke Muar
Tambang Paling MurahRM17.60
Jarak171 km
Anggaran Masa2 hrs 40 min
Bil. Pengusaha Bas4 operators

Pengusaha Bas Popular dari Kuala Lumpur ke Muar

Panduan Bas Dari Kuala Lumpur ke Muar

Bas Dari KL ke Muar

Bas adalah satu-satunya pengangkutan awam yang ada untuk pergi dari KL ke Muar kerana perkhidmatan penerbangan dan kereta api tidak merangkumi Muar. Muar adalah bandar yang terkenal dengan penghasilan otak-otak yang terbaik di Malaysia.

Pengusaha Bas yang Menyediakan Perkhidmatan Bas dari KL ke Muar

Mayang Sari dan Transnasional adalah 2 jenama bas terkemuka yang menyediakan bas dari KL ke Muar. Transnasional adalah syarikat bas yang terbesar di Malaysia dan mendapat sokongan kerajaan, maka perkhidmatan mereka sentiasa boleh dipercayai.

Mayang Sari pula adalah antara syarikat bas yang mempunyai pengurusan yang terbaik di Malaysia dengan penekanan terhadap kualiti perkhidmatan dan ketepatan masa. Selain itu, jadual perjalan bas Mayang Sari yang bertolak setiap satu jam dari pukul 7:00am sehingga 11:30pm memberikan fleksibiliti kepada penumpang.

Tempoh Perjalanan, Harga Tiket Bas ke Muar dan Nota

Tempoh masa perjalanan bas dari KL ke Muar memerlukan lebih kurang 2.5 hingga 3 jam bergantung kepada keadaan trafik. Semua bas ekspres di Malaysia tidak mempunyai tandas di dalam bas, tetapi penumpang boleh minta daripada pemandu bas untuk berhenti di kawasan perhentian jika perlu. Harga tiket bas dari KL ke Muar adalah RM17.60 per tiket.

Bas dari Kuala Lumpur bertolak dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke Muar. TBS adalah terminal bas yang dibina bagi menggantikan Pudu Raya yang telah ditutup pada November 2015. TBS terletak di Bandar Tasik Selatan, di selatan bandar Kuala Lumpur. Anda boleh ke TBS dengan menaiki LRT dan turun di Stesen Bandar Tasik Selatan. Bas akan berhenti di Stesen Bas Muar.

Kerana pengusaha bas yang menawarkan bas dari KL ke Muar adalah terhad, anda dinasihatkan untuk menempah tiket bas anda lebih awal secara online di BusOnlineTicket.com untuk mengelakkan perjalanan bas anda tertangguh. Proses tempahan adalah mudah, mesra pengguna dan pembayaran adalah selamat.