Bas dari KL ke Johor Bahru

Bas dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru
Jadual Bas dari KL ke Johor Bahru >>

Bas dari KL ke Johor Bahru adalah pengangkutan terpantas dan termurah untuk perjalanan dari KL ke Johor Bahru. Pengendali bas yang mengendalikan perjalanan di antara dua negeri terbesar di Malaysia iaitu Kuala Lumpur dan Johor Bahru adalah Transnasional, KKKL, Konsortium and Causeway Link. Semua bas ke selatan dari Kuala Lumpur akan berlepas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Tempoh, Harga, Perhentian dan Nota

Tempoh perjalanan dari KL ke Johor Bahru adalah 4 ke 5 jam bergantung kepada keadaan trafik. Satu waktu rehat tandas akan diberikan sepanjang perjalanan di kawasan rehat lebuh raya.

Harga tambang bas bagi bas dari KL ke Johor Bahru adalah harga yang berpatutan iaitu RM 34 – RM 35 Berbanding harga tambang kapal terbang, harga tambang bas adalah jauh lebih murah. Kesemua bas adalah jenis eksekutif atau SVIP di mana kerusi dapat dibaringkan sepanjang perjalanan.

Tempat perlepasan di TBS adalah terminal bas yang baru terletak di selatan Kuala Lumpur, sedikit jauh dari pusat bandar. Bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana terdapat perkhidmatan LRT untuk menghubungkan pusat bandaraya dengan TBS. Di sini terdapat panduan dari TBS ke pusat bandaraya, anda hanya perlu melakukan yang sebaliknya sahaja untuk sampai ke TBS.

Tempat ketibaan di Johor Bahru adalah terminal Larkin. Kebanyakan bas membenarkan penumpang untuk turun di Perhentian Sri Putri dan Tun Aminah di Johor Bahru. Penumpang hanya perlu memaklumkan lebih awal kepada pemandu apabila menghampiri perhentian bas tersebut.

Selain daripada perbankan internet konvensional dan pembayaran kad kredit, BusOnlineTicket.com juga menawarkan pembayaran luar talian di 7-Eleven (terhad di Lembah Klang sahaja). Pembayaran ini membenarkan sebilangan orang ramai untuk menempah tiket dengan menggunakan pembayaran tunai. Disebabkan kadar tempat meletak kenderaan yang mahal dan trafik yang sesak di Kuala Lumpur, adalah lebih mudah untuk penumpang menempah tiket bas dari KL ke Johor Bahru secara online di BusOnlineTicket.com untuk memperoleh tempat duduk dengan lebih awal.


Jadual Bas dari KL ke Johor Bahru

Ubah Carian
Tapis Carian
Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian


Perjalanan Popular dari Kuala Lumpur