Bas dari KL ke Hatyai

Bas dari Kuala Lumpur ke Hatyai
Jadual Bas dari KL ke Hatyai >>

Bas dari KL ke Hatyai adalah pilihan pengangkutan yang paling ekonomi untuk perjalanan dari KL ke Hatyai. Selain itu, mengambil bas dari KL ke Hatyai adalah lebih mudah kerana titik perlepasan dan ketibaan bagi bas ialah di kawasan bandar KL dan Hatyai, manakala menaiki kapal terbang adalah kurang mudah kerana kedua-dua lapangan terbang di KL dan Hatyai adalah lebih jauh dari kawasan bandar.

Tambang, Tempoh, Perhentian dan Nota

Alisan Golden Coach adalah jenama terkemuka untuk perkhidmatan bas dari KL ke Hatyai. Syarikat-syarikat bas lain seperti Konsortium, Hatyai Intertop dan Sri Maju turut memberi perkhidmatan di laluan ini dari KL ke Hatyai. Tambang bas mereka adalah dalam lingkungan RM 50, berbeza-beza bergantung kepada musim. Tempoh perjalanan adalah lebih kurang 8 jam bergantung kepada keadaan lalu lintas. Disebabkan perjalanan yang panjang, jadual biasanya adalah pada waktu pagi atau pada waktu malam, supaya penumpang akan tiba di Hatyai pada masa yang sesuai untuk makan malam pada waktu petang atau untuk sarapan pada waktu pagi. Bas biasanya dilengkapi dengan kerusi yang dapat dibaringkan penuh dan penyaman udara, untuk memastikan keselesaan yang maksimum kepada penumpang dalam perjalanan.

Bas umumnya bertolak dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan) di Kuala Lumpur. Biasanya bas akan berhenti untuk 15 minit bagi penumpang berehat dan ke bilik air ketika dalam perjalanan. Dalam kebanyakan keadaan, bas akan terus dari KL kepada Hatyai, tetapi kadang-kadang ia akan menurunkan penumpang di Changloon sebelum melepasi kastam Malaysia dan Thailand di sempadan (Nota: Changloon ialah satu bandar kecil di sempadan Malaysia Thailand)

Pada asasnya, selagi anda mempunyai akses Internet, anda boleh menempah tiket bas dari KL ke Hatyai secara online dengan pengesahan segera di BusOnlineTicket.com di mana-mana sahaja. Tempahan secara online menjamin penjimatan masa dan wang anda.


Jadual Bas dari KL ke Hatyai

Ubah Carian
Tapis Carian
Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian


Perjalanan Popular dari Kuala Lumpur