Bas dari Johor Bahru ke Ipoh

Bas Johor Bahru ke Ipoh

Jadual Bas dari Johor Bahru ke Ipoh >>

Bas dari Johor Bahru ke Ipoh adalah salah satu pengangkutan yang murah dan mudah untuk perjalanan ke Ipoh yang terkenal dengan Dim Sum Ipoh, Old Town Coffee dan Masakan Sayur Taugeh Ayam.

Kenapa mengambil perkhidmatan bas dari Johor Bahru ke Ipoh?

Tiada penerbangan tambang murah dari Johor Bahru ke Ipoh. Hanya terdapat satu penerbangan sahaja iaitu dari LapanganTerbang Changi Singapura ke Lapangan Terbang Ipoh dan penerbangan ini mungkin kurang sesuai. Terdapat perkhidmatan kereta api yang boleh digunakan tetapi kerana masa perjalanan yang panjang, perkhidmatan kereta api selalunya tidak menjadi pilihan pelancong.

Sebab lain kenapa perlu mengambil bas dari Johor Bahru ke Ipoh ialah kerana pelancong dapat mengambil bas malam untuk ke Ipoh dari Johor Bahru. Apabila anda bangun sahaja, anda sudah sampai di Ipoh. Maka, perjalanan bas malam dari Johor Bahru ke Ipoh sangat menjimatkan masa pelancong.

Tempoh, Tambang, Perhentian dan Nota

Fivestars, Ekspres Qistna, City Holiday dan Billionstar adalah beberapa pengendali bas yang menyediakan perkhidmatan bas dari Johor Bahru ke Ipoh. Tempoh perjalanan mengambil masa 7-8 jam bergantung kepada keadaan trafik semasa..

Tambang bas adalah di antara RM 55 – RM 60, bergantung kepada bas yang anda pilih. Semua bas dari Johor Bahru ke Ipoh mempunyai sekurang-kurangnya 27 tempat duduk VIP beserta penghawa dingin. Jadi, penumpang tidak perlu risau akan tahap keselesaaan di dalam bas sepanjang perjalanan.

Kebanyakan bas yang pergi ke Ipoh dari Johor Bahru akan berlepas dari terminal bas Larkin Johor. Ada di antara bas yang juga akan mengambil penumpang di terminal bas Tun Aminah dan perhentian Sri Putri sebelum meneruskan perjalanan ke Ipoh. Terminal bas Tun Aminah dan perhentian Sri Putri adalah dua perhentian bas kecil di Johor Bahru.

Untuk tempat perhentian, kebanyakkan bas akan menurunkan penumpang di beberapa tempat sepanjang perjalanan seperti Bidor, Tapah, Kampar dan Gopeng sebelum menamatkan perjalanan di Bas Terminal Aman Jaya (terminal baru yang terletak di utara Ipoh, sedikit jauh dari Bandaraya Ipoh). Ada juga bas yang akan menurunkan penumpang di kawasan Medan Gopeng iaitu di Bandaraya Ipoh. Sila maklum bahawa terminal bas Aman Jaya memerlukan 10-15 minit perjalanan kereta dari bandaraya Ipoh.

Penumpang adalah dinasihatkan untuk menempah tiket bas lebih awal secara online di BusOnlineTicket.com untuk perjalanan Johor Bahru ke Ipoh kerana tiket adalah terhad untuk setiap hari. Ini dapat menghilangkan kerisauan kerana semuanya telah lengkap sebelum memulakan perjalanan. Menempah tiket untuk perjalanan anda dari Johor Bahru ke Ipoh di laman web BusOnlineTicket.com yang bereputasi baik adalah selamat dan mudah. Selain itu, menempah secara online juga dapat mengelakkan anda daripada beratur dan masalah meletakkan kenderaan di terminal.


Jadual Bas dari Johor Bahru ke Ipoh

Ubah Carian
Tapis Carian
Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian


Perjalanan Popular dari Johor Bahru