Bas dari Johor Bahru ke Batu Pahat

Bas dari Johor Bahru ke Batu Pahat

Jadual Bas dari Johor Bahru ke Batu Pahat >>

Bas dari Johor Bahru ke Batu Pahat adalah antara laluan bas yang popular dan laris dijual di Terminal Bas Larkin Johor Bahru. Hal ini kerana tiada bas dari Singapore ke Batu Pahat, maka bas dari Johor Bahru ke Batu Pahat adalah satu-satunya pilihan bagi penumpang.

Pengusaha Bas, Tempoh Perjalanan, Harga Tiket Bas, Nota

Causeway Link dan KKKL Express adalah dua syarikat bas yang boleh dipercayai menawarkan bas dari Johor Bahru ke Batu Pahat. Tempoh masa perjalanan adalah lebih kurang 1.5 jam. Terdapat bas yang terus dan tidak terus untuk bas dari Johor Bahru ke Batu Pahat. Semua bas berhenti di Terminal Bas Batu Pahat. Harga tiket bas dari Johor Bahru ke Batu Pahat adalah dalam RM 11-12.

Petang Jumaat dan pagi Sabtu adalah waktu puncak bagi perkhidmatan bas dari Johor Bahru ke Batu Pahat. Ini kerana beribu penduduk Batu Pahat, terutamanya yang muda, berkerja di Singapura dan mereka mengambil bas dari Johor Bahru ke Batu Pahat untuk pulang ke sisi keluarga pada hujung minggu.

Petang Ahad pula adalah waktu puncak bagi perkhidmatan bas dari Batu Pahat ke Johor Bahru. Ini kerana ramai yang perlu kembali ke Singapura untuk berkerja pada hari Isnin.

Bas dari Batu Pahat ke Singapura oleh Causeway Link

Untuk Causeway Link, bas dari Batu Pahat ke Johor Bahru tidak sahaja berhenti di Terminal Bas Larkin untuk menurunkan penumpang, tetapi bas Causeway Link akan meneruskan perjalanan ke Singapura. Oleh itu, mereka yang ingin pulang ke Singapura boleh mengambil bas dari Batu Pahat ke Singapura dan berhenti di pusat beli-belah Jurong East IMM. Stesen MRT terdekat adalah Stesen MRT Jurong East. Tetapi, tiket bas dari Batu Pahat ke Singapura dijual dengan harga sedikit mahal iaitu RM13.50.

Dengan ribuan belia yang ke Terminal Bas Larkin dari Singapura untuk mengambil bas dari Johor Bahru ke Batu Pahat pada petang Jumaat dan pagi Sabtu, anda digalakkan untuk menempah tiket bas dari Johor Bahru ke Batu Pahat lebih awal di BusOnlineTicket.com untuk mengelakkan kekecewaan. Selain itu, menempah tiket awal juga boleh mengelakkan masa menunggu yang lama di Terminal Bas Larkin.


Jadual Bas dari Johor Bahru ke Batu Pahat

Ubah Carian
Tapis Carian
Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian


Perjalanan Popular dari Johor Bahru