Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian

Jadual Bas dari Johor Bahru ke Penang dan Tambang Bas

Pengusaha Bas Bas Pertama Bas Terakhir Bil. Perjalanan Tarikh Bertolak Tambang dari
Billion Stars 08:30 21:30 7 M T W T F S S  RM 75.00
Kejora Masyhur Sdn Bhd 09:59 22:00 9 M T W T F S S  RM 65.00
KKKL SDN BHD (Terus Nanti) 22:00 22:00 1 M T W T F S S  RM 76.00
KPB Ekspress 22:00 22:30 2 M T W T F S S  RM 75.00
LA Holidays 21:30 22:16 8 M T W T F S S  RM 75.00
Sin Yong Express 21:15 22:16 7 M T W T F S S  RM 75.00
Super Nice Grassland 08:59 21:05 6 M T W T F S S  RM 80.00
Bas dari Johor Bahru ke Penang
Tambang Paling MurahRM65.00
Jarak686 km
Anggaran Masa9 hr 15 min
Bil. Pengusaha Bas7 operators

Pengusaha Bas Popular dari Johor Bahru ke Penang

Tips Bas dari Johor Bahru ke Pulau Pinang

Bas dari Johor Bahru ke Pulau Pinang

Bas dari Johor Bahru ke Pulau Pinang adalah perkhidmatan paling murah untuk melancong ke Pulau Pinang yang terkenal dengan Pulau Pinang dan melawat ke Tapak Warisan Unesco Georgetown untuk melihat bangunan yang kaya dengan warisan sejarah.

Kenapa Mengambil Bas dari Johor Bahru ke Pulau Pinang?

Walaupun penerbangan tambang murah telah beroperasi selama beberapa tahun, perkhidmatan bas dari Johor Bahru ke Pulau Pinang tetap ada walaupun perjalanan dengan bas memerlukan lebih kurang 10 jam untuk sampai ke Pulau Pinang. Salah satu sebab adalah harga tiket tambang murah adalah hampir 2 kali ganda lebih mahal berbanding harga tiket bas (kecuali anda dapat membeli tiket penerbangan ketika promosi terhad).

Sebab lain adalah pelancong dapat mengambil bas malam dari Johor Bahru ke Pulau Pinang. Ketika anda bangun pada waktu pagi, anda telah pun tiba di Pulau Pinang yang indah. Maka, perjalanan pada waktu malam dengan menggunakan perkhidmatan bas dari Johor Bahru ke Pulau Pinang menjimatkan masa. Inilah sebab mengapa hanya perjalanan bas pada waktu malam sahaja yang boleh didapati di dalam jadual bas dari Johor ke Pulau Pinang.

Tempoh, Harga, Perhentian dan Nota

Seasons Express, Supernice Grassland, Sin Yong (KPB Express) dan KKKL Express adalah beberapa pengusaha bas yang menyediakan perkhidmatan bas dari Johor Bahru ke Pulau Pinang. Tempoh perjalanan adalah di antara 9 - 10 jam seperti yang telah di terangkan di atas. Bas akan berhenti untuk waktu rehat tandas sekurang-kurangnya sekali ataupun 2 kali sepanjang perjalanan.

Harga tiket bas adalah di antara RM 70 - RM 85, iaitu lebih murah dari harga tiket kapal terbang yang selalunya berharga di antara RM 120 - RM 200. Sentiasalah menempah tiket lebih awal untuk mengelakkan kekecewaan kerana perkhidmatan yang terhad setiap hari untuk perjalanan malam dari Johor Bahru ke Pulau Pinang.

Tempat berlepas untuk bas yang pergi ke Pulau Pinang dari Johor Bahru adalah di Terminal Bas Larkin Johor. Bagi tempat ketibaan pula, kebiasaannya bas akan menurunkan penumpang di beberapa tempat seperti Tol Juru dan Butterworth sebelum menamatkan perjalanan di bas terminal Sungai Nibong. Sila maklum bahawa terminal bas Sungai Nibong mengambil masa 20 minit perjalanan kereta dari Georgetown.

Jika anda ada bas-bas tertentu yang menjadi pilihan utama anda, adalah dinasihatkan untuk menempah tiket bas Johor Bahru ke Pulau Pinang lebih awal secara online di BusOnlineTicket.com untuk mengelakkan kekecewaaan terutamanya ketika hujung minggu. Ia juga merupakan cara termudah untuk anda mendapatkan tiket bas Johor Bahru ke Pulau Pinang, tanpa beratur di terminal. Ini akan memberikan ketenangan fikiran apabila kesemuanya telah diatur dengan baik sebelum memulakan perjalanan.